Showing posts with label medical leave. Show all posts
Showing posts with label medical leave. Show all posts

Friday, June 14, 2013

Aktiviti Farissa (Mama yang buat) masa cuti sekolah..

Salam Jumaat,

How are you lovely ladies.. Hopefully semuanya sihat-sihat belaka.. I pulak tak berapa nak sihat. Demam and cirit-birit since yesterday.. This morning memang tak larat sangat-sangat. After few hours sleeping, now rasa mcm dah lega sikit..Everytime demam mesti I cirit-birit sekali. Tapi takde la teruk sampai perut memulas-mulas, only mild one. Hopefully cepat recover... Ok, let's move on straight to the subject.

Masa cuti sekolah hari tu, we went to Alamanda. Saje jalan-jalan and kebetulan ada MPH buat sale. Bought this package of balloon box untuk Farissa. Dia nampak je box tu terus peluk taknak lepas. Confirm la kena beli. Faruq pulak beli set of origami tapi mostly mcm mana nak buat plane punya origami..

The box comes with balloons (of course), pam dengan step-by-step book.

Balloon animals
So, hubs gave a shot to try. Asyik la meletup. Lama-lama dia fed-up. Farissa passed it to me pulak.. So I gave it a try.. Memang susah gak eventho dah ada step-by-step instructions. Benak ke apa mama dia nie..
hahahha... So I try buat yang nie..

Steps for beginners.. Passed! :)

Cuba buat nie pulak!

Ni hasil dia.. hahaha.. panjang pulak badan si Boomers nie..

Berjaya la jugak buat anjing nie ha.. tp takde la 100% serupa dengan gambar... Seriau bab memintal-mintal tu.. Takot meletup...

And then, yg nie, I cuba-cuba jaya buat own invention.. setelah percubaan nak buat bentuk lain ikut buku tu gagal.. hahahha...

Own invention.. hahah...
Farissa was so happy.. Dia memang suka balloon pintal nie.. Everytime kalau ada clown kt shopping complex, mesti dia beratur nakkan balloon nie... Clown buat balloon ni bukan main laju lagi... and of course macam-macam bentuk pulak tu...Takpe.. biar lambat asal selamat.. hahahha...

Ok tu je for now... Ada masa saya merepek lagi... Bye lovelies.. Happy weekends.. :)








Monday, January 7, 2013

Slipped disc? Pt II


Salam kengkawan,

Sorry la lambat bebeno sambung citer Slipped disc nie.. asek duk merepek-repek citer lain aje...
Sebelum start nak merepek lagi.. Lega kepala, rambut dah touch-up, 4 beranak dah potong rambut.. takde lagi Farissa terkipas-kipas rambut dia tu...lega mata juger..

Lepas ni nak kena displin buat scalp treatment every month coz takut botak la pulak. Hair dresser yang I selalu pergi tu pun kata rambut I dah banyak kalau nak banding 2-3 tahun lepas.. Last year pergi salon dia sekali je setahun.. punya la malas.. Kena rajinkan diri lepas nie..

Elok plak time treatment, perut lapar giler.. sampai gigil-gigil. Nampak gambar make-up comel-comel dalam magazine pun kecur.. Ntah apa-apa si gemok nie.. Habis je treatment, laju-laju ke Jusco Equine nak makan claypot chicken rice.. Layan betul.. melampau si gemok nie.. Tengok diri sendiri kat cermin salon tadi, rasa nak tampar-tampar diri sendiri.. Dagu macam ada tiga dah.. hahaha.. rase nak pecahkan aje cermin tu... Kena diet.. diet.. diet.. -__-

Ok kita sambung citer Slipped disc? ea...

Lepas di diagnosed dengan slipped disc tu, I cepat-cepat tanya doktor tu, berapa kos surgery, nama surgery.. segala la.. Doktor tak sempat nak jawab, soalan bertubi-tubi kluar dari mulut I.. Before pergi tu, I dah google-google macam-macam tentang slipped disc..

Dia quoted surgery from 20K-25K. Jaw dropped jugak la dengar.. Doktor tu tak memaksa-maksa suh buat dan-dan tu jugak.. Dia suruh fikir dulu.. and bagi ubat tahan sakit...

Bila balik tu, kami start bincang.. Hubs suggested pergi Hospital Selayang for second opinion sebab specialist tulang kt situ relative colleague dia.. So pergi la situ lepas hubs sms doktor tu..

Kitorang sampai lambat. Tahu je la gomen.. Rasa dah nak pitam.. Nak-nak nurse main passing-passing kaunter plak.. Pergi kaunter sini, disuruh pergi kaunter sana.. lepas tu duk buat muka musykil, takde reference letter la.. takde appointment la.. Memang I dah gave up time tu.. Dah le sakit.. Mabuk tgk macam-macam ragam orang sakit kt situ..

Tapi kitorang tunggu la jugak.. lepas tu bila I tengok dia susun I nye kad belakang-belakang, rasa dah hilang semangat je. Tiba-tiba sorang nurse tu approach I politely tanye nak jumpa doktor apa semua.. Then dia masuk dalam maybe gi cakap kt doktor tu.. Lima minit lepas tu dia keluar balik, then dia suruh I masuk.. Rasa lega yang amat...

So berjumpa la dengan Doktor Sidek.. Sangat-sangat friendly.. Dia belek-belek MRI yang I bawak then suruh I baring. Buat test yang ketuk-ketuk kaki nak tengok kaki still ok ke tak.. Banyak jugak soalan yang ditanye before he conclude his diagnosis.. and yes, he also suggested for surgery. Too bad, Hospital Selayang only specialized kat Sport Surgery aje.. So he suggested HKL or Sungai Buloh..kat situ ada pakar slipped disc..

He even prescribed ubat and vitamin yang sangat banyak and it's free. Jakun sikit I sebab tak payah bayar. Siap tanye dua kali kt nurse yang jaga ubat tu..haha.. So balik rumah and bincang lagi..

Dalam pada tu, my BIL suggested me to go to chiropactor kat Bangsar Village.. so I pun pergi la..The practitioner tu pun tengok gak MRI I.. and cakap memang teruk and dia tak guarantee bole baik dengan kaedah urut-urut nie.. serius nasib baik I pergi toilet kencing dulu before treatment. Dah la dua-dua lelaki.. sorang tarik kepala, sorang tarik kaki okeh... berderap-derap bunyik tulang.. Lega sikit rasa sakit.. tapi kejap je la.. Satu sesi RM120.. dia suh datang dalam 8 sesi.. pengsan~ Satu sesi pon I tak tahan dah...

Bila start tak leh nak tidur malam sebab sakit, I start google lagi.. coz ramai gak yang bagitau feedback negative lepas surgery slipped disc. Ngeri la pulak.. So I opted to go to UMSC plak..

As usual jalan nak gi sana jam giler..Sampai-sampai sana. .elok plak GL yang company I provided tu silap tulis nama hospital.. so nama diorang nak bagi I naik check up takde nya... kena la tunggu HR I fax yang baru, baru dapat jumpa doktor.. tu la tak bestnya private wing nie.. Tapi okey lagi CA.. kalau dah teruk sangat, dia akan check u dulu.. takde la sebok dok tanye duit dulu...

Jumpa la one specialist nie.. Lepas dia duk belek one of the MRI film tu terus conclude.. and lukis.. kena pasang besi, 4 skru etc.. lepas tu separuh tulang kena buang and ganti besi..mak aihhh.. siap cakap doktor CA silap diagnosed.. panic la I.. dah lain plak citer dia.. Lepas tu doktor bagitau.. the surgery tu ade 4 procedures dalam satu surgery.. aje ngeri dengo.. belum apa-apa dah quote max 35K untuk surgery. Kesan pasang skru tu, I nye movement akan limited la.. dah kata ada skru kat belakang kan?

Terus doktor nak fix kan date surgery. And surgery tu kena buat malam since private wing kan..I fixed gak la date tu eventho rasa mcm was-was.. sebab dah sakit. Sape yang kena slipped disc akan rasa apa yang I rasa.. rasa nak cepat je baik.. tak tahan nak tanggung sakit tu..

Turun utk settlekan payment.. belum apa-apa nurse kat bahagian payment dah tanye nanti surgery nak pakai insurans mana semua.. terus call ok dia..meluat plak I.. Harga consultation doktor without any medication dah RM200. Nasib baik gak ade GL company..

Lepas tu balik rumah, I fikir-fikir lagi.. baik buruk sumer.. ye la nie utk long term kan.. fikir punya fikir.. I pergi balik CA, bawak kertas yang doktor UMSC tu conteng-conteng then explain balik kt Doktor tu.. Yang I suka kat Dr Kamal nie.. dia calm orang nya.. tak melatah.. senang je jawab dia.. U bukannya tua sangat nak pasang-pasang skru nie..

Banyak gak menda yang I tanye nak clarify.. betul ke kalau lepas surgery kaki kecik sebelah? Lumpuh.. Doktor pernah buat berapa surgery yang sama? Ade hidden cost tak.. segala la.. Pun I takleh decide walaupun date kat UMSC dah fixed..

Doktor suh balik fikir dulu.. and dia siap cakap dia tak paksa...Bagus tul doktor nie..

Lepas dah habis fikir, hati memang dekat je nak buat kt CA.. terus call CA bagitau.. Petang tu, Doktor Kamal sendiri call I nak re-confirm and fix date.So, esoknya pergi terus confirm date on 28/11.

To be continued...





Sunday, January 6, 2013

Last Day Rehat Di Rumah...


Wah.. dah masuk Sunday.. lepas tu Monday kerja.... aaaa... malas.. Terasa best plak duk rumah... Nak jadi housewife la.. tapi budget lom cukup lagiiii....huuuu...

Misi mencari samping merah Faruq berjaya.. Alhamdulillah nasib baik ada jual yang ready made punya. Beli kat satu kedai baju sekolah besar kat area Bangi.. Dekat Warta Bangi pun ada jual jugak...

Tengah nak meng-adjust balik time tidur.. tatau la bangun ke tidak on Monday nie.. huh! Anak beranak tak tidur lagi.. Me dengan hubs on laptop, Faruq and Farissa dua-dua duk main Iphone.. Zaman sekarang..

OKlah.. sat g nk tidur dah.. kepala macam pening-pening plak. Terlebih tidur ke tak cukup tidur ntah..

Friday, January 4, 2013

Dulu dan sekarang

Salam peeps!!

Tiba-tiba macam semangat la pulak nak update blog. Tiap-tiap hari pun semangat, tapi dalam mimpi je la kot..berangan kononnya update.. siap rangka-rangka ayat dalam kepala.. tapi nan ado...

Ok la stop mengarut, kita kembali ke tajuk utama... Dulu dan sekarang.. (apahal siap bold nie?)

Kalau dulu-dulu, I suka tengok tv series. Bermula dengan Friends, lepas tu melarat-larat. I lagi suka tengok yang kelakar ataupun cam cinta-cinta. Cerita yang berat-berat memang malas nak tengok. Buat stress otak jekk...

Tak payah nak berat-berat kepala fikir..
Everybody love's Raymond pun sangat suka.. sebab kelakar...Lepas tu beralih tengok series macam Grey's Anatomy, House, Glee, Gossip Girls semua.. Paling best Desperate Housewives... lega coz dah habis.. hahaha...Memang tiap-tiap hari tunggu and ingat pukul berapa nak start etc. Lepas tu sebok duk me-repeat time weekend coz usually weekend Astro akan kluarkan back to back episodes..

Lama-lama timbul rasa boring nak tengok.. lepas beberapa season, duk rotate bercinta dengan kawan masing-masing.. macam Grey's Anatomy tu.. dah tak se-excited dulu nak tengok.. ke I yang dah tua.. hahaha...

Bila start cuti MC sebulan, tengok la jugak tv, tapi ada satu minggu tu Astro rosak.. so tak bukak pon tv.. Lepas tu start la tengok drama online la pulak..

Bermula dengan Adam dan Hawa, now dah tak berapa nak tengok coz rimas banyak beno flashbacks.. kira macam satu hari tu tengok untuk seminggu nye episodes.. To be honest novel dia, tak berapa nak best dibaca, tapi hasil garapan drama tu berjaya.. Aaron Aziz memang pandai la bawak watak macam tu dgn Nadya Nisaa yang natural.. Yang berlakon jadi adik Ain tu mcm over la plak termasuk kawan dia tu.. rimas mata tengok..

Gambar google..

Yang memang follow drama Trilogi Cinta.. Sebab ditayangkan kt TV1 tu, kurang sket sambutan dia.. cuma Rosyam Nor memang berjaya buat watak-watak dalam novel ni hidup. Actually Trilogi Cinta ni consists of 2 novel sekali.. Yang first tu Yang Indah Hanya Mimpi dengan Trilogi Cinta. Novel ni memang best. Baca tak jemu.. and drama dia pon sangat hidup. Cuma kurang sambutan jek..

Masa Trilogi Cinta 1 tu, I dapat tau pun time tu dah abis dah episodes kat TV. So google-google, jumpa kat youtube. Walaupun tak penuh, tapi still layan.. Sebab tu bila start Trilogi Cinta 2, I memang tunggu-tunggu.




Dan yang I paling suka sangat and I'm in love dengan semua pelakon-pelakon is Duri... serius best. .tak perlu nak buat sampai 60 episodes.. hanya 15 episodes and next Monday last episode dah pun.. Tak perlu nak bercakap banyak..Cukup dengan memek muka, cara they all berlakon.. drama nie sampai ke hati... and congratz to the director sebab berjaya 'menjiwai' novel ni 100%.

To be honest, novel Duri nie a bit boring, but drama dia betul-betul menjadi. Eventho ramai pelakon baru yang berlakon like Shera Aiyob, Afiq Muiz and Izzue Islam.. tapi semua berjaya melakonkan dengan baik sekali. Sebelum nie, tak pernah notice Shera Aiyob berlakon, tak sangka dia gifted juga..

Tak sabar nak tengok final episod dia...



Lepas habis Duri nie, for sure dah takde masa nak follow any series melayu lagi.. Dah start keje kan.. sure bz habis... hmmm...


Sepanjang MC sebulan lebih...

Salam Jumaat,

Hari ni last day MC. Kejapnya rasa. Kelip-kelip mata je dah sebulan lebih..Dulu sebelum operation rasa macam.. apa la yang aku nak buat cuti sebulan... tengok-tengok.. eh dah sebulan?

So, apa aktiviti yang dah buat? Mission accomplished tak? Dah baik tak? Alhamdulillah.. getting better.. The wound completely heals.. sakit-sakit yang dulu tu semua dah takde.. Hilang bagaikan terjaga dari mimpi ngeri.. Ewah.. Aktiviti takde apa sangat.. takkan nk berjogging bagai kan? Kata sakit.. First 2 weeks, memang rehat je banyak, tak berani nak renyah sebab sorang-sorang kat rumah kan?

Dalam sakit-sakit tu, pergi jugak adik hubs kawin.. satu-satunya adik pompuan dia. Mula-mula hubs tak berapa nak pergi since dia tak berapa nk approve relationship diorang, but dah jodoh kan? Siapa la kita nak menghalangnya.. so pergi la kejap...

pic credit to Kak Ai
Tiga minggu lepas operation, kami jalan-jalan ke Pusat Sains Negara. Orang punya la ramai.. Nasib baik kat PSN tu, my sis yang bukak souvenir shop, so dapat la rehat-rehat jap. Kalau jalan-jalan PSN tu, singgah la kedai kakak saya.. :)

Souvenir Shop PSN
Kami pergi Aquaria KLCC jugak. Tapi tak ingat hari apa.. Wrong timing sebab ada Comic nye gathering.. punya la ramai orang. Dapat la jumpa Power Rangers, Naruto gemuk pon ada bak kata hubs.. Dalam Aquaria tu sendiri pon penuh orang... Rasanya orang lagi ramai dari ikan. Tak berapa puas tengok-tengok dalam tu...

Farissa yang nk berdukung sepanjang masa..
Genap je sebulan lepas operation, kami satu family jalan-jalan ke Melaka. Kesian kat Faruq.. cuti-cuti tak dapat ke mana-mana.. so discuss dengan hubs.. Melaka ok kot.. Dekat..and dah agak familiar area situ.. Nak cerita pun malu.. orang lain sana-sini gi jalan oversea, main snow.. beli barang branded... kami gi Melaka sajokkk... Sepanjang perjalanan, I pakai korset nak elak sakit.. rasa seriau gak nak berjalan, tapi kalau tak biasakan diri, camne nanti nak kerja...

Kami stay kat Hang Tuah Heritage Hotel. Beli package 3 hari 2 malam kat livingsocial.com. Boleh la kalau nak stay kejap-kejap.

Gambo dari Google..
So merasa la naik Taming Sari.. best, tapi sebab cuti sekolah, orang terlampau ramai.. sempat gaduh-gaduh manja berebut tempat masa queue nak naik Taming Sari tu.. kitorang naik malam, so tak gayat sangat..

Gambar dari Google..

Faruq yang teruja..

Esoknya kami naik River Cruise, mula-mula nak naik malam, tapi ramainya manusia.. tak larat nak beratur bagai. Dari Dataran Pahlawan, kitorang menapak nak pergi ke River Cruise sebab orang kat situ cakap dekat.. Sekali jauhhh sangat.. So naik beca lampu-lampu kita... 4 orang satu beca campur stroller Farissa, mengah gak Abang Beca tu kayuh..

Google juga..

Mula-mula panjang gak barisan nak beratur tu.. tapi nasib baik group yang depan kitorang tu ramai sangat, so tak muat they all nak naik satu cruise, they all bagi kitorang dulu...bagus.. hahaha...

Gambar mereka je yang ada..

Lepas tu kami pergi ke Coral Wonderland. Kat dalam Hatten Square kalau tak silap.. Best gak sebab tak ramai.. ye la mahal kot nak masuk.. tapi puas coz kita dapat pegang sendiri ikan jerung, ikan buntal, tapak sulaiman, kura-kura, ada belangkas laut lagi.. macam-macam benda pelik yang tak pernah jumpa.. Lagi puas jalan dari kat Aquaria tu...

Sejenis belut..

Bersanding di lautan.. ewahh!
This week takde jalan mana dah.. Keluar pun, just cari barang-barang sekolah Faruq dengan groceries..

La ni tengah pening gak, nak cari sampin kaler merah si Faruq nie.. esok je la cari.. Dah beli kasut putih... kena pakai kasut itam plak... sabor je la cikgu ni..

Surat pengawas..
Hari nie, hubs bagi peluang hibernate sorang-sorang kat rumah. Dia hantar Farissa pergi rumah babysitter, dapat la berehat kejap..

Tengah duk masak nasi himpit kat dapur tu.. teringin nak makan lontong.. ntah jadi ntah tidak.. hmmm kita nantikan...

Babai kawan-kawan... Jumpa di lain entry...


Tuesday, December 18, 2012

Slipped disc?

Salam peeps..

Harap-harap semuanya ok, yang kerja tu.. kerja rajin-rajin okeh... yang duk rumah melangap macam I nie.. as usual kebosanan...

Macam mana boleh kena slipped disc? Ok.. ni nak citer la nie...

Dulu-dulu bila sebut slipped disc, langsung tak amik tau... yang I tahu slipped disc nie sangat-sangat menyakitkan.. and selalunya orang yang kena slipped disc akan bed-ridden..

My slipped disc began masa I jatuh tangga few months ago.. tak ingat dah bila.. Time tu terkocoh-kocoh nak pegi office. Masa nak turun tangga tu, I duk sibuk nak reply sms my boss. Sekali... gedebuk... jatuh terduduk-duduk dalam 5-6 mata tangga. Sakitnya Tuhan aje yang tau... lps dan jatuh tu.. I macam terdiam.. Hubs yang masa tu ada kat atas, duk sibuk panic, sebab dia ingat I nye hp je yang jatuh... so dia nak marah..
Sekali dia tgk, I dah terduduk diam kat tangga...

Bila sakit jatuh tu dah reda, I pun bangun slowly, and turun bawah. Time tu ok je takde rasa apa.. and off to office...

Dalam sebulan dua lepas tu, I kena pergi Sarawak bagi training. Masa tu rushing coz lambat, takut tertinggal flight. Sampai je kat airport Kuching, I pergi la tunggu beg. Bila beg dah nak sampai, I trus rushing and angkat beg tu trus.. Masa tu rasa sakit tiba-tiba menjalar dari pinggang ke kaki. But I just ignored.. Ingatkan sakit tu nanti hilang sendiri.. rupanya tak..

Sepanjang masa kt Sarawak, I rasa sakit, especially bila kena naik  bila duduk. Rasa sakit berduri-duri..

Balik je dari Sarawak, I terus pergi Columbia Asia Puchong jumpa orthopedic kat situ. Dr Kamal nama dia..Dia nie jugak doktor yang operate I time I kena ganglion cyst dulu remember? I suka doktor nie coz dia takde la menggelabah nak operate ke apa or paksa-paksa buat MRI/Xray sumer.. Dia akan bagi u options.. macam I ari tu dia ckp, u nak terus buat MRI ke u nak try makan ubat and go for physio? So I opted for option number 2 coz I tot I takde la kena slipped disc ke apa..

After 2 weeks tak baik-baik jugak..so I went back to see him and terus buat MRI. Sekali memang confirmed I kena slipped disc or herniated disc at S1L5 and the disc dah pecah and cucuk saraf tunjang.. Patut la I makan tak kenyang, tidur tak lena... (jangan ingat bercinta je boleh makan tak kenyang, tidur tak lena..) The doctor suggested to do surgery...

To be continued...

Wednesday, December 12, 2012

Aktiviti orang sakit

1) Last week, memang bosan sungguh takleh gerak-gerak sgt, so I bukak lagu kat Youtube and nyanyi and record suara sendiri...hahaha..bongok kan?

Vokal takde, rupa pon takde.. hahaha..

2) Melayan Istanbul Aku Datang online.. Thanks to Eynda for the link.. Ok la citer tu.. cuma biasa la typical Lisa Surihani... but Istanbul cantik nyaaaa...

Istanbul, aku nak datang pleassseee!

3) Melayan Adam & Hawa sampai pening-pening kepala.. Kalau pada I, biasa je kot.. but dah start tengok tu.. harus la nk tgk sampai ending.. tengok online nie best, coz I slalu lajukan part yg flash back2 tu.. so cepat je habis... and also part si Johan dgn Azie tu.. gedik bebeno la... hehehhe...now dah episod 62... :) Citer nie takde la slow mana macam citer Sembilu tu.. berjanggut nk tunggu progress percintaan diorg... tapi still byk sgt scene flashback.. penatt...Makin lama tengok, si Ain ni muka dah mcm Fauziah Latiff plak kan?

I tak ingat I baca ke tak novel nie.. mcm tak je kot.. bagus gak coz takde la tinggi sangat I nye expectation nanti.. hehehe...

Tengok citer nie, teringat kawan my bro. Mat saleh convert Muslim, nama dia Adam, and kebetulan wife dia orang melayu nama Siti Hawa.. comel kan... they all parents to Mariam Murni.. model cantik tu.. ingat lagi tak? Masa kecik-kecik dulu, my bro selalu bawak I dgn my twins main2 dgn Mariam adik beradik.. of coz dia dah tak ingat kot kt i.. (apa kaitan? hahaha)

Adam & Hawa

4) Tengok tv... must watch every weekdays is Cinta Itu Milikku.. Citer nie bagus.. coz jalan cerita yang laju. Kalau tertinggal beberapa episod, mesti susah nk catch up.. citer nie dah macam telenovela spanish plak..sebab ade baby kena culik etc...Ramai tul yang saiko dalam citer nie.. Dr Syafiq, Dini, kawan Dini tu...semua la... cinta bersegi-segi kekdahnya...

Yang si Dini pulak.. tak dpt bapak, dpt culik anak dia pon jadi la...tapi tak pandai jaga baby tergedik2 mcm ulat gonggok... hehhehe...si Raina plak.. lemah lembut rasa nk tampo pun ade kengkadang.. ikuttt je ckp atuk dia suh kawin dgn Dr Syafiq lps abis pantang 100 hari... sengal...


Cerita cinta bersegi-segi...

4) Layan movie Christmas kat Diva.. Tak subscribe movies channel, Diva pon boleh..

5) Baca novel yang sama berulang kali..especially time makan... Paling suka novel Norhayati Berahim..

Sampai hancur dikerjakan tuannya... 

6) Kucing... Bagi makan, tgk diorang main-main..hilang rase sakit sekejap.. bagi makan camne kalau tak bend badan tu? Macam robot oke.. main curah je ke bawah.. memang tumpah merata.. takpe la janji they all kenyang....

Ramainyaa...
Actually ada banyak lagi.. nanti2 la ea... tuan tanah nk kena berehat nie... :)


Rindu kat Mak & Abah.. :(

It's not easy to recover from surgery alone. Especially bila kita diarahkan banyak berehat, takleh buat kerja berat-berat, maximum weight yg boleh carry pon 3kg, no bending or twisting, must eat healthy food etc etc...

Today dah masuk 2 weeks after the surgery. Alhamdulillah, I'm recovering well, so far so good. Takut coz I stay alone at home, bimbang apa- apa terjadi, rindu kat budak dua orang yang kat babysitter tu, kesian kat hubs, dah la bz, kena jaga bini sakit lagi.. nk melayan emo bini lagi..

Last week, I still strong, malas nk fikir bukan-bukan.. fokus nak cepat sembuh je.. so the week went well.

Lagi hebat last 2 days, budak-budak stay dgn I kat rumah coz hubs bz bebeno nak hantar diorg. Tapi still I takleh renyah so today, I'm alone again.

Tadi, I just masak nasi, goreng tempe and telur sambal and ate with left over canned chicken curry. Kesian kan? :( Nak buat camne..

Just now tiba-tiba perut macam lapar nak munch-munch or terasa nk minum petang dgn kuih2 plak.. :( Memang takde sape nak layan pun.. suddenly I teringat kalau arwah Mak dgn Abah ada.. no doubt memang diorang akan teman I, jaga I masa sakit, take care of everything and make sure I makan yang best-best.

And I burst into tears.. :( Mak kalau sakit pon, dengar je anak dia nak makan sumting, sure bersusah payah bangun and masakkan. Rindunya kat Mak. Grateful sgt coz ade husband yang caring but still mana sama dgn kasih Mak dgn Abah ye tak?

Ya Allah rindu nya kat Mak dgn Abah.. recently banyak betul dugaan Allah nak bagi kt I. Sometimes rasa dah tak terbawak dah. Ya Allah, Kau permudahkan la segalanya. Amin :(


Tuesday, December 4, 2012

Day 2 - The 'slipped disc'

Hi lovelittas,

How's your day? Mine ok la.. For me, it is not fun to stay at home with limited movements. Tapi dh kata recovery period, tahan je la...

Today I woke up at 1 pm. Huhuhu.. Hubs did ask me to go down coz dia risau I naik turun tangga. Being sleepy and lazy, plus rasa mcm tak cukup tido made me decide not to go down with him. Degil nk turun sendiri.

I couldn't sleep when the 3 Fs left. So, I just stayed in bed. With on and off nap, amik kau kol 1 baru terjaga... of course with various dreams. Merepek-repek mimpi.

Went down and heat up nasi goreng that hubs bought for me last night. Malam tadi tak selera nak makan.
Tu pun I just ate half of the potion. Apahal ntah tak selera.. tapi seinci pun tak kurang...huh!

Ok citer lain pulak, my doctor gave me the disc that he removed from the surgery.. Tatau nk buat apa with the disc.. simpan ke kena tanam? Huhuhu..

Special gift


This thing made my life miserable!

Sangapnya duk kt rumah sorang.sorang. Tatau nk buat apa dah..

Later sayang.. :)

Monday, December 3, 2012

Day 1

Hello Monday,

Aduh bosannya!! Dat's the words described how I feel today. Nak jaga Farissa n Faruq, takut nanti renyah and effect plak kt stitches tu. Nak tgk tv, as usual xde citer menarik..

With that, nak makan pon tak selera. For breakfast, I tried to eat lamb pie yang hubs belikan. Siap buat mushroom soup instant. Sekali tak selera. Semalam bukan main lagi nak makan pie.

For lunch I just makan half boiled eggs. Kata my SIL, telur putih can make wound heal faster. But I takleh la plak nk buang telur kuning. Sedap! Must try to remove it. Kolestrol tinggi plak nanti.

Petang at 5pm tadi lapar la plak. So, I masak bihun sup instant. Makan dengan sambal kicap.Yums!
!
La ni dah kenyang. Tak sabar tunggu F&F balik.

Aktiviti pon ntah apa2.. takleh aktif sgt..Sakit gak stitches ni.. Byk baring and rehat je...

Okla..penat plak menaip..huhu..later sayang!

Related Posts with Thumbnails