Tuesday, April 27, 2010

Habis sudah Senja Permai..


Activity terbaru saya semasa pantang ialah menonton tv. Entah macam mana boleh plak terlayan drama Senja Permai nie Since my bb wakes up early every morning pastu takmo tidur, I just switch on the tv and tgk tv. Nak tgk channel afc kang kecur pulak. Ingatkan Senja Permai tak macam drama-drama yang lain. Rupanya tak. A bit modern. Modern living tapi still ade unsur2 mak bedah di kalangan neighbourhood. A bit like Desperate Housewives kot. Tapi for me tak. So in between 9-10 every morning until Thursday, Ch 105 akan siarkan 2 episodes skali gus. Time tu la saya start ikut SP. Meng-catchup episode yg tak pernah tgk etc. Malam pulak satu episode je disiarkan which means only half an hour. Weekend plak ade marathon episodes tapi tak ingat pukul berapa.

Eventho ade NH yang tak berapa digemari tu berlakon, tp disebabkan SP macam best sket, so ignore je la. Kalau gf dia harus ban terus citer nie.

Ok SP nie mengisahkan tiga family yang tinggal dlm satu neighbourhood. Macam2 cerita satu2 family tu. Masing2 berjaya membawa character masing2. and 25/4 dia nye finale episode. Harap2 lepas nie ade sambungan SP2. Aduih si bb pink dh melalak. Later ya..

Monday, April 19, 2010

It supposed to be today..



It supposed to be today, the first day Farissa sees the world. But it's already 20 days she was born. Alhamdulillah everything dah ok. Except for mum and dad still coping with Farissa's feeding time at night. So tiring. She will awake around 4 am and refused to sleep. Time tu both your parents dah mamai dah. Hopefully after you turn 1 month old, everything will be ok. Insya-Allah. :)



Friday, April 16, 2010

Smile, laugh and cry..

The best thing that I like about babies are they laugh, smile and cry (not a real cry la.. but the memek muka) while they sleep. Comel sangat. Mak kata ada malaikat agah diorang. Sebab hobby latest saya nie, mata dah jadi mata panda sebab duk tunggu baby Farissa tu senyum2, ketawa dan buat action macam menangis tu..

Mama sayang baby Farissa and Faruq forever. :)

Thursday, April 15, 2010

Activity semasa confinement..

Activity? Ade activity ke masa pantang? Hohoho... bosan ok.. Dah le takde kawan nk borak2.. tapi yang penting bebas. Takde orang duk tengok or perhati apa yang kita buat kat rumah.

Me, of course still patuh dgn pantang larang semua. Minum air suam, milo, horlicks tu jek la balik2. Bengkung nie tak tinggal. Owh the confinement lady still datang everyday mandikan baby, rebuskan mandi daun untuk mak baby dengan pakaikan bengkung lilit2 tu. Selesa rase tegap perut. Hari nie bengkung masuk hari ketiga. (before this pakai yang zap-on dgn waist trimmer) Memang betul la cara tradisional nie berkesan. Dulu-dulu saya tak suka letak limau dgn kapur kat perut then bengkung..coz gatal melampau. Habis kulit perut saya. Rupanya kena sapu minyak dulu before applying limau kapur tu. CL tu sapukan minyak herbanika nona roguy.. so rase gak hangat2 membara. Malam pulak saya apply ginger cream kat perut and pinggang then pakai waist trimmer tu. Selesa. Baru 3 hari pakai bengkung lilit tu, perut saya dh kempis.. tinggal kulit perut yg hodoh nie je..ntah bila nk hilang..huhuhu.

Berurut? Owh sessi urutan dah tamat semalam. Saya urut selama 3 hari saje. Effect dia..nap saya di petang hari kemain nyenyak..sib baik baby pun tidur sama. Dia pun selesa sebab dah bertuam perut, berbarut dah kena bedung. Elok plak tak tercabut. Kalau mama dia yang bedungkan..tak smpai 5 minit. dah terburai. Muka si baby pink dah bercalar2. Mittens sokmo tercabut. Halus benor tangan dia. Kengkadang tu tak perasan bila masa tercabut.

Sepatutnya urut lepas 3 hari deliver. Tapi sebab bz dgn baby kena jaundice bagai..so postpone. Lagipun ngeri lah.. sebab jahit kt tut tu still sakit kan.. Saya start urut hari ke 13. Rasenya jahitan dah completely healed. Harap2 lah.

Makan minum memang tak berani nak langgar. Ye lah, berpantang sendiri, takut kang terbentan..naya kan..and takmo effect kat baby.. sebab sikit2 pun dia still breastfeed. Susu nie takmo kluar banyak.. Si baby asek mengamuk sebab tak cukup susu. Still topup dgn formula. Skarang perut si kecik nie plak meragam. Kembung coz minum susu formula kot. Maybe tak sesuai dengan dia.. Dia dh meragam since 2 days. Now ok dah skit. First day CL tu urut perut dia, menyembur2 susu keluar dari hidung dgn mulut dia. Panic dah saya. Nasib baik CL tu expert. Dia cakap maybe saya n mr hubs terlebih bagi susu, malam2 tu kan? So skang berjaga2, and pastikan dia burp before tidur balik at night. Result dia.. mama la tak cukup tidur. Kesian nk harapkan mr hubs. Dia nk kerja lagi. Tu pun dia bangun jugak tolong bancuh susu malam2. Malam tadi dia tidur lewat, buat kerja lagi. Sian lak..

So sekejap lagi mama baby nk tidur lak..hehhehe..dapat nap 1-2 hours day time pun dh cukup cover malam nye tidur.

Later saya nk blog about confinement from day 1. Tak sempat lagi.. Tunggu ye..


Monday, April 12, 2010

Macam mana bersalin kali nie?

Ramai yang tanya, bila saya nak bercerita pengalaman bersalin kali nie? Memang tak sabar nak cerita tapi kebizian melanda. Faham2 saja lah ade baby kecik nie..

Macam nie ceritanya..
Seminggu sebelum bersalin (36weeks)
Checkup macam biasa. Tengok2 dah terbuka 1 cm. Dr kata paling lambat lagi seminggu. Masa nie uri ok je.

29.03.10
Checkup lagi. Tengok2 still 1 cm. Uri still ok. Since saya dah nampak tak larat sangat and time tu scan baby lebih kurang 3.4 kg, dengan keadaan hemoglobin low nye, doctor suggest to induce. So dah agree esoknya nak induce.

30.03.10
Admitted. Takde pulak single room. Penuh. Sementara belum bersalin, saya ditempatkan di 4-bedded room. OK jugak la..Doctor datang nk induce tru vagina tu. Time nie terbukak dalam 2cm je. Masuk pil. Time tu tengok2, uri dah kebelakang. Doctor tarik uri ke depan tru bawah. Sakit macam apa..huhuh.. Time masuk pil tu pagi dalam pukul 11 pagi. Doctor cakap belah petang bersalin la..

Lps tengah hari still tak rase apa2. Dah puas berjalan2 sekitar wad. Turun naik cafe minum2 dgn mr hubs.. Still ok.

Bila petang doctor datang check, bukaan still sama.. sampai doctor cakap..biasa kalau dah masuk ubat sebiji, kalau orang lain cepat je terbukak and sakit. Tapi saya still macam biasa.

Doctor cakap kalau macam tu pukul 6.30 petang masuk labour room. Time nie panic jugak.

While I was in 4-bedded room nie, ada la satu makcik nie. Anak dia baru je bersalin dalam pukul 12 tgh hari yang sama. Sangat excited coz cucu sulung, and anak dia mengandung lps 6 tahun berkahwin. Mesti la gembira. Dengar suara dia seronok bercerita di sebalik tirai2 katil tu.

Makcik tu datang ke katil saya. Friendly sangat dia. Habis dahi, pipi saya dicium. Suruh saya banyak2 berdoa. Baca surah2 Al-quran. Sayu rasa hati teringat kat mak. Yalah, mak saya tak sihat. Tak boleh nk teman saya dalam keadaan macam nie, dan tak boleh nk bagitahu dia yang saya tengah sakit nk bersalin. Takut dia risau sangat dah effect jantung dia pulak.

Banyak kali makcik tu datang tengok saya. Setiap kali datang, mesti peluk cium tak tinggal. Lagi la saya sedih. Tapi my sisters, Ucu, Acik and twin sis, Ata ade temankan saya. Itu pun dah cukup. :) Thanks a lot sisters...

Sampai saya dah ditolak masuk ke labour room, Ata sms bagitahu makcik tu still cari saya lagi. Tak sempat jumpa dia sampai ke hari nie. :(

Ok berbalik kepada cerita bersalin saya...

Tepat 6.30 petang, saya ditolak masuk ke labour room. Mr hubs tetap setia menemani. Tak tinggalkan saya walaupun seminit except nk pegi solat je.

Doctor start check lagi kat bawah tu. Bukaan still sama. "Ok, Niza, saya terpaksa induce awak pakai drip ya." Saya mula keraskan badan bila doctor start nak seluk2 tu. Sakit okeh. "Jangan keraskan badan ye. Saya nk tolong awak nie." Doctor tu try nk tarik balik uri ke atas. Sakitnya rase nak pengsan. Lepas tu doctor suruh saya bangun kosongkan bladder dulu. Pegi toilet pun mr hubs ikut. Takut jadi apa2 katanya. Tapi nurse kat situ suh dia tunggu kt luar toilet je. Hehehe..

Lepas dah drip tu..tau je la sakit dia mcm mana. Tapi all nurses dgn midwives dalam labour room tu sangat2 membantu. Midwife kat situ ajak saya berbual hal2 lain, Buat saya lupa sekejap sakit2 tu. Bila sakit bertambah, doctor datang pecahkan waterbag. Punya la susah coz slalu skali cucuk, sure air tu kluar semua kan? Ini tidak. Sebab nya uri asyik berpusing ke belakang.

Saya dah tak boleh nak tahan sakit. Ambik gak gas dgn injek kt punggung tahan sakit. Tapi takde kesan. Doctor datang check kejap2. Doctor sangat2 membantu. Sentiasa advice macam2, supaya saya tak terbawak2 dgn sakit2 nie. Dalam pukul 9 lebih baru terbukak 5 cm, padahal rasa dah separa mati time nie.. Hohoho..

Nurse kat situ pun sangat expert dan confident. Dia yang urutkan belakang dan pinggang saya. Memang membantu. Mr hubs dah panic. Tangan kiri saya tak lepas2 dia pegang, dan sebelah tangan dia picit kepala saya...

Dalam pukul 10 malam, memang dah tak boleh tahan. Tengok2 bukaan dan 10 cm, tapi uri still kebelakang. Sakit bukan main. Doctor pun datang.

Tak sampai beberapa saat, equipment bersalin diorg dah pasang semua. Semua orang dalam labour room tu sangat2 membantu. Doctor suruh push tapi saya dah kehabisan tenaga. Still berjuang jugak nk push.

Melihat keadaan saya, doctor pun cakap, "Niza, saya terpaksa gunting ye..since tak boleh kluar." Lum sempat nak cakap apa2, dah terdengar macam bunyik zass.. And dia suh push lagi.

Dengan bantuan doctor, nurses, midwife dan yang paling penting mr hubs, saya pun selamat bersalin. Thanks to all the moral support. Surprisingly, baby kecik dari size yang discan. Cuma 3.09kg. Girl as expected. Penuh dengan bedak2 putih badan dia.

Doctor letak di atas dada saya. The special moment in my life. Time Faruq dulu saya tak berpeluang. Sebab bleeding teruk. Sementara dia pun jahit apa2 yang patut. Dengar jugak doctor kata ade bleeding. And dia suruh check uri yang dah keluar. Takut ade tertinggal macam time Faruq hari tu. Alhamdulillah sumer ok.

Mr hubs ambil baby untuk diazan dan iqamatkan. Sayu hati dgr suara mr hubs. Time nie saya dah tak fikir apa. Rasa nk tidur je. Bila dah siap bersihkan semua, doctor suruh saya berehat dulu. Lampu pun dia dimkan. Before tidur, mr hubs cakap nk pegi makan. Sian dia. Langsung tak makan apa.. Time tu dah pukul 1 am.

So, saya tidur tak sedar diri. Sedar2, nurse datang check BP. Dalam 2am, saya terjaga. Mr hubs dah ade di sisi saya. Nurses pun datang nak tolak saya ke bilik. Tengok2, saya dah dapat single room tapi di isolation room lah. Takpe la janji sorang je kan. Ntah bila, mr hubs tukarkan bilik. Saya pulak tak leh nk tidur sampai pagi. Mr hubs dah tak sedarkan diri. Tidur kt lazy chair hospital. Kesian dia penat. Esoknya, one of the sister datang visit saya dan bagitahu, "Your hubby sayang betul kat you. Siap beg I for this room. Terus I bagi you this room." Speechless kejap. I just smiled at her. Thank u sayang for everything.

Oh lupa nk cerita pasal Faruq. During delivery time, Faruq dijaga oleh my twin sis, Ata kat rumah saya. Sian dia..Thank a lot sis.. kalau dia takde, tatau mcm mana ntah.

Thanks a lot to all the nurses, midwives yang asyik datang melawat dan tak lupa juga to Doctor Raja Juhaidah too. Without you doc, dah lama kot I opted for csect. Ngee..

Esoknya, when the midwife came to visit me, dia pun tanye, " You delivered C-sect rite?" I said No. Dia macam terkejut coz she told me tengok my condition last night memang confirm kena csect punya. Giler respect kat Doctor Raja coz berjaya merealisasikan impian saya nk deliver normal lagi. Oh lupa. During check-up, I already requested for normal and no epidural. And memang Dr Raja gave her 101% effort to fulfill my request. Thanks a lot doc. And thanks to Fiza too. Sebab introducekan I kat Dr Raja. :)

Dua-dua sembab. :)

Friday, April 9, 2010

Happy birthday Ijut!!

Jangan tatau, saya ade niece yang lagi tua dari saya. Sebaya mr hubs.. 32yo. Nama dia Rohaiza. Anak kepada my eldest sis. Late eldest sis. Dia dh meninggal sbb breast cancer. :(

Rohaiza ni kitorg dalam family panggil dia Ijut. Dari kecik, mmg my mum yg jaga, so dia panggil my mum pun MAK, instead of Maktok. Kami membesar together, so dah macam adik beradik.

Today is her birthday.. yang bestnya dia pun preggy dan menunggu hari jugak. Semoga semua selamat ye Ijut.

Happy birthday Ijut. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Ijut with her kid, Feeya. Sgt friendly dan kaknam si Feeya neh.. Musuh ketat Faruq..huhuhu..

Makan tak lalu, tidur tak lena..

Dah dekat lima tahun, tidur nyenyak, sekali kluar si bb pink nie terus saya susah nk tidur. Mana taknya, dia menyusu selang 2-3jam. Lambat sket mengamuk. Kalau bg direct breastfeed lagi mengamuk. Cemana la nk breastfeed secara exclusive nie... Tension.

Makan lak..penat mr hubs masakkan. tgk nasi pun tak lalu. So bantai oats, nestum dengan biskut jacobs high fiber jek.. Ikan lagi dh tak lalu. Dapat la jugak express susu sikit2. Tapi si bb pink still tak puas nyusu. Ginger tak makan sangat coz si kecik nie still ade lagi jaundice sikit2. Biarla dia totally recover dulu. Jamu, ubat periuk pun tak minum jugak. Takut la dia panas. Mr hubs dah order lauk berpantang dekat mangkuktingkat.com. Dia kesian tengok saya yang tak lalu makan nie.

Mungkin next week baru start. Sekali dgn makcik urut tu. Dia akan datang mandikan saya dgn air daun2, mandikan baby, tungku, urut dan bengkung. Sekali datang RM80. Dia naik motor, so takyah susah2 nk jemput dan hantar dia.

Kepala pulak asyik sakit sebab tak cukup tidur. Siang takmo pulak mata nie nk lelap coz cuaca panas. Hmm.. sabar je la...

Related Posts with Thumbnails