Friday, January 4, 2013

Menu dinner malam nie...

Hari nie terlebih rajin.. Teringin nak makan lontong.. so masak la kita...

Petang lagi dah start rebus nasi himpit.. Macam berderai sket nasik himpit tu...Resepi saya ambik kat Ana Suzana...

Terbanyak la plak masak..nak bagi jiran, nasi impit macam tak berapa nak elok rupa dia.. malu la pulok..
Tadi lapo beria.. Dah siap, makan sikit je... muak sebab santan kot...



Puas sebab dapat masak sendiri.. dan rasa dia boleh tahan... and yang bestnya Faruq makan.. Alhamdulillah... :)


Dulu dan sekarang

Salam peeps!!

Tiba-tiba macam semangat la pulak nak update blog. Tiap-tiap hari pun semangat, tapi dalam mimpi je la kot..berangan kononnya update.. siap rangka-rangka ayat dalam kepala.. tapi nan ado...

Ok la stop mengarut, kita kembali ke tajuk utama... Dulu dan sekarang.. (apahal siap bold nie?)

Kalau dulu-dulu, I suka tengok tv series. Bermula dengan Friends, lepas tu melarat-larat. I lagi suka tengok yang kelakar ataupun cam cinta-cinta. Cerita yang berat-berat memang malas nak tengok. Buat stress otak jekk...

Tak payah nak berat-berat kepala fikir..
Everybody love's Raymond pun sangat suka.. sebab kelakar...Lepas tu beralih tengok series macam Grey's Anatomy, House, Glee, Gossip Girls semua.. Paling best Desperate Housewives... lega coz dah habis.. hahaha...Memang tiap-tiap hari tunggu and ingat pukul berapa nak start etc. Lepas tu sebok duk me-repeat time weekend coz usually weekend Astro akan kluarkan back to back episodes..

Lama-lama timbul rasa boring nak tengok.. lepas beberapa season, duk rotate bercinta dengan kawan masing-masing.. macam Grey's Anatomy tu.. dah tak se-excited dulu nak tengok.. ke I yang dah tua.. hahaha...

Bila start cuti MC sebulan, tengok la jugak tv, tapi ada satu minggu tu Astro rosak.. so tak bukak pon tv.. Lepas tu start la tengok drama online la pulak..

Bermula dengan Adam dan Hawa, now dah tak berapa nak tengok coz rimas banyak beno flashbacks.. kira macam satu hari tu tengok untuk seminggu nye episodes.. To be honest novel dia, tak berapa nak best dibaca, tapi hasil garapan drama tu berjaya.. Aaron Aziz memang pandai la bawak watak macam tu dgn Nadya Nisaa yang natural.. Yang berlakon jadi adik Ain tu mcm over la plak termasuk kawan dia tu.. rimas mata tengok..

Gambar google..

Yang memang follow drama Trilogi Cinta.. Sebab ditayangkan kt TV1 tu, kurang sket sambutan dia.. cuma Rosyam Nor memang berjaya buat watak-watak dalam novel ni hidup. Actually Trilogi Cinta ni consists of 2 novel sekali.. Yang first tu Yang Indah Hanya Mimpi dengan Trilogi Cinta. Novel ni memang best. Baca tak jemu.. and drama dia pon sangat hidup. Cuma kurang sambutan jek..

Masa Trilogi Cinta 1 tu, I dapat tau pun time tu dah abis dah episodes kat TV. So google-google, jumpa kat youtube. Walaupun tak penuh, tapi still layan.. Sebab tu bila start Trilogi Cinta 2, I memang tunggu-tunggu.




Dan yang I paling suka sangat and I'm in love dengan semua pelakon-pelakon is Duri... serius best. .tak perlu nak buat sampai 60 episodes.. hanya 15 episodes and next Monday last episode dah pun.. Tak perlu nak bercakap banyak..Cukup dengan memek muka, cara they all berlakon.. drama nie sampai ke hati... and congratz to the director sebab berjaya 'menjiwai' novel ni 100%.

To be honest, novel Duri nie a bit boring, but drama dia betul-betul menjadi. Eventho ramai pelakon baru yang berlakon like Shera Aiyob, Afiq Muiz and Izzue Islam.. tapi semua berjaya melakonkan dengan baik sekali. Sebelum nie, tak pernah notice Shera Aiyob berlakon, tak sangka dia gifted juga..

Tak sabar nak tengok final episod dia...



Lepas habis Duri nie, for sure dah takde masa nak follow any series melayu lagi.. Dah start keje kan.. sure bz habis... hmmm...


Sepanjang MC sebulan lebih...

Salam Jumaat,

Hari ni last day MC. Kejapnya rasa. Kelip-kelip mata je dah sebulan lebih..Dulu sebelum operation rasa macam.. apa la yang aku nak buat cuti sebulan... tengok-tengok.. eh dah sebulan?

So, apa aktiviti yang dah buat? Mission accomplished tak? Dah baik tak? Alhamdulillah.. getting better.. The wound completely heals.. sakit-sakit yang dulu tu semua dah takde.. Hilang bagaikan terjaga dari mimpi ngeri.. Ewah.. Aktiviti takde apa sangat.. takkan nk berjogging bagai kan? Kata sakit.. First 2 weeks, memang rehat je banyak, tak berani nak renyah sebab sorang-sorang kat rumah kan?

Dalam sakit-sakit tu, pergi jugak adik hubs kawin.. satu-satunya adik pompuan dia. Mula-mula hubs tak berapa nak pergi since dia tak berapa nk approve relationship diorang, but dah jodoh kan? Siapa la kita nak menghalangnya.. so pergi la kejap...

pic credit to Kak Ai
Tiga minggu lepas operation, kami jalan-jalan ke Pusat Sains Negara. Orang punya la ramai.. Nasib baik kat PSN tu, my sis yang bukak souvenir shop, so dapat la rehat-rehat jap. Kalau jalan-jalan PSN tu, singgah la kedai kakak saya.. :)

Souvenir Shop PSN
Kami pergi Aquaria KLCC jugak. Tapi tak ingat hari apa.. Wrong timing sebab ada Comic nye gathering.. punya la ramai orang. Dapat la jumpa Power Rangers, Naruto gemuk pon ada bak kata hubs.. Dalam Aquaria tu sendiri pon penuh orang... Rasanya orang lagi ramai dari ikan. Tak berapa puas tengok-tengok dalam tu...

Farissa yang nk berdukung sepanjang masa..
Genap je sebulan lepas operation, kami satu family jalan-jalan ke Melaka. Kesian kat Faruq.. cuti-cuti tak dapat ke mana-mana.. so discuss dengan hubs.. Melaka ok kot.. Dekat..and dah agak familiar area situ.. Nak cerita pun malu.. orang lain sana-sini gi jalan oversea, main snow.. beli barang branded... kami gi Melaka sajokkk... Sepanjang perjalanan, I pakai korset nak elak sakit.. rasa seriau gak nak berjalan, tapi kalau tak biasakan diri, camne nanti nak kerja...

Kami stay kat Hang Tuah Heritage Hotel. Beli package 3 hari 2 malam kat livingsocial.com. Boleh la kalau nak stay kejap-kejap.

Gambo dari Google..
So merasa la naik Taming Sari.. best, tapi sebab cuti sekolah, orang terlampau ramai.. sempat gaduh-gaduh manja berebut tempat masa queue nak naik Taming Sari tu.. kitorang naik malam, so tak gayat sangat..

Gambar dari Google..

Faruq yang teruja..

Esoknya kami naik River Cruise, mula-mula nak naik malam, tapi ramainya manusia.. tak larat nak beratur bagai. Dari Dataran Pahlawan, kitorang menapak nak pergi ke River Cruise sebab orang kat situ cakap dekat.. Sekali jauhhh sangat.. So naik beca lampu-lampu kita... 4 orang satu beca campur stroller Farissa, mengah gak Abang Beca tu kayuh..

Google juga..

Mula-mula panjang gak barisan nak beratur tu.. tapi nasib baik group yang depan kitorang tu ramai sangat, so tak muat they all nak naik satu cruise, they all bagi kitorang dulu...bagus.. hahaha...

Gambar mereka je yang ada..

Lepas tu kami pergi ke Coral Wonderland. Kat dalam Hatten Square kalau tak silap.. Best gak sebab tak ramai.. ye la mahal kot nak masuk.. tapi puas coz kita dapat pegang sendiri ikan jerung, ikan buntal, tapak sulaiman, kura-kura, ada belangkas laut lagi.. macam-macam benda pelik yang tak pernah jumpa.. Lagi puas jalan dari kat Aquaria tu...

Sejenis belut..

Bersanding di lautan.. ewahh!
This week takde jalan mana dah.. Keluar pun, just cari barang-barang sekolah Faruq dengan groceries..

La ni tengah pening gak, nak cari sampin kaler merah si Faruq nie.. esok je la cari.. Dah beli kasut putih... kena pakai kasut itam plak... sabor je la cikgu ni..

Surat pengawas..
Hari nie, hubs bagi peluang hibernate sorang-sorang kat rumah. Dia hantar Farissa pergi rumah babysitter, dapat la berehat kejap..

Tengah duk masak nasi himpit kat dapur tu.. teringin nak makan lontong.. ntah jadi ntah tidak.. hmmm kita nantikan...

Babai kawan-kawan... Jumpa di lain entry...


Wednesday, January 2, 2013

So far so good..

2nd day of 2013,

1st day of schooling. Kali ni hubs yang manage semua.. dari bas sekolah, van sekolah, sekolah kebangsaan, sekolah agama etc.

Pagi-pagi, hubs yang bangun kemaskan Faruq, hantar dia naik van.. Dah wife dia mengada takleh nk bangun.. heheheh....

Tgh hari, hubs pegi sekolah kebangsaan nak observe Faruq and also dia balik. Van yang hantar dia balik rumah bbsitter dah taknak hantar plak dah this year... Tanya punya tanya.. alhamdulillah ada yang sanggup.. so total transportation Faruq pergi balik sekolah je RM150 sebulan... perghhh...

Petang, we went to CA sebab I ada check up, doctor gave another  3 days of MC suh I rehat sebab demam... plus total recovery period utk back bone dalam 6 weeks... Doctor kata jangan renyah sgt... Boss pulak dah sms suh masuk office... huhuhu...

Lps tu pegi Tesco Bkt Puchong beli groceries sikit.. Farissa slept all the way kt Tesco.. senang sket mama and papa dia nk shopping...

Balik tu we all terus ambik Faruq dari rumah bbsitter. Suddenly dia cakap.. "mama, ustazah suruh pakai sampin kaler merah." I macam blur.. boleh tanye kenapa... Rupanya Faruq jadi prefect.. hehehhe.. macam pelik eh baru darjah 2 boleh jadi prefect.. Dah satu hal nak mencari sampin merah...Tunggu ujung minggu nie je la...

Balik je, kelam kabut goreng mee utk dinner.. Sekali Faruq mcm tak berapa nk suka plak.. haih.. cerewet sgt dia nie... Dia nie lain sket.. kalau tak kena dgn dia je.. mesti muntah.. Contohnya.. dia suka makan roti.. tapi jangan sesekali lipat dua roti tu... nescaya mesti muntah... hehhehe.. Lagi satu kalau berus gigi yang I beli tak kena dgn citarasa dia pon.... boleh muntah...ish..ish....

So that's all happening today... la nie.. hubs tgh tampal nama kat buku sekolah Faruq.. baru dia tau betapa seksanya.. hehehehe....

OK la peeps.. kang nk iron baju segala.. kena rehat sepuas-puasnya this week... Next week dah start keje...




Brand new year, brand new day, brand new start!


Happy New Year everybody!!

Tiba-tiba rasa bersemangat plak tahun baru nie.. walaupun tengah demam.. *cough~

Now, tak tidur lagi coz I'm now watching Bridget Jones Diary. Now yang lagi satu sambungannya.. The Edge of the Reason.. Terus bersemangat nk kurus.. haih~...




Usually every year, I tak pernah set any resolutions sebab dah tahu takkan tercapai.. heheh... but tahun nie terasa semangat lain macam... hehehe

Azam pertama of course nak kurus, target 10kg in one year.. Now rase demotivated coz takleh nk exercise.. ye la baru je lps operation kan? Patah seribu plak tulang belakang I kang.. So kita start slowly ye.. ingatkan nak beli exercise bicycle..ke threadmill? Duit takde macam-macam fikir.. heheh... naik turun tangga dulu la for a kick start...hehehe...



Azam kedua nak cukupkan solat 5 waktu... I admit banyak lubang-lubang sana sini.. and I hope can improve this year..Cuma tengah terfikir macam mana nak solat kt office nanti... coz I masih takleh nk bend badan sepenuhnya.. now solat duduk atas kerusi.. hmmm...



Azam ketiga nak kurangkan marah anak.. hehehhe... especially si Faruq tu... sangat-sangat mencabar keimanan... dia asyik trigger marah I je... herghhh.. kena banyak-banyak bersabar...



Esok dah start sekolah.. risau gak dengan Faruq nie... Harap-harap dia ok.. Pelihara lah anakku Ya Allah...

So what's your resolution friends? :)

*gambar credit to Google.. :)

Tuesday, December 18, 2012

Slipped disc?

Salam peeps..

Harap-harap semuanya ok, yang kerja tu.. kerja rajin-rajin okeh... yang duk rumah melangap macam I nie.. as usual kebosanan...

Macam mana boleh kena slipped disc? Ok.. ni nak citer la nie...

Dulu-dulu bila sebut slipped disc, langsung tak amik tau... yang I tahu slipped disc nie sangat-sangat menyakitkan.. and selalunya orang yang kena slipped disc akan bed-ridden..

My slipped disc began masa I jatuh tangga few months ago.. tak ingat dah bila.. Time tu terkocoh-kocoh nak pegi office. Masa nak turun tangga tu, I duk sibuk nak reply sms my boss. Sekali... gedebuk... jatuh terduduk-duduk dalam 5-6 mata tangga. Sakitnya Tuhan aje yang tau... lps dan jatuh tu.. I macam terdiam.. Hubs yang masa tu ada kat atas, duk sibuk panic, sebab dia ingat I nye hp je yang jatuh... so dia nak marah..
Sekali dia tgk, I dah terduduk diam kat tangga...

Bila sakit jatuh tu dah reda, I pun bangun slowly, and turun bawah. Time tu ok je takde rasa apa.. and off to office...

Dalam sebulan dua lepas tu, I kena pergi Sarawak bagi training. Masa tu rushing coz lambat, takut tertinggal flight. Sampai je kat airport Kuching, I pergi la tunggu beg. Bila beg dah nak sampai, I trus rushing and angkat beg tu trus.. Masa tu rasa sakit tiba-tiba menjalar dari pinggang ke kaki. But I just ignored.. Ingatkan sakit tu nanti hilang sendiri.. rupanya tak..

Sepanjang masa kt Sarawak, I rasa sakit, especially bila kena naik  bila duduk. Rasa sakit berduri-duri..

Balik je dari Sarawak, I terus pergi Columbia Asia Puchong jumpa orthopedic kat situ. Dr Kamal nama dia..Dia nie jugak doktor yang operate I time I kena ganglion cyst dulu remember? I suka doktor nie coz dia takde la menggelabah nak operate ke apa or paksa-paksa buat MRI/Xray sumer.. Dia akan bagi u options.. macam I ari tu dia ckp, u nak terus buat MRI ke u nak try makan ubat and go for physio? So I opted for option number 2 coz I tot I takde la kena slipped disc ke apa..

After 2 weeks tak baik-baik jugak..so I went back to see him and terus buat MRI. Sekali memang confirmed I kena slipped disc or herniated disc at S1L5 and the disc dah pecah and cucuk saraf tunjang.. Patut la I makan tak kenyang, tidur tak lena... (jangan ingat bercinta je boleh makan tak kenyang, tidur tak lena..) The doctor suggested to do surgery...

To be continued...

Friday, December 14, 2012

Kasut Orang Sakit..

Mengada-ngada sungguh tajuk eh? Hehehhe...

Being an ex-slipped disc (ada gak? :P) buatkan I jadik fobia.. tengok Farissa and Faruq lari sana-sini, I yang kecut perut. Terfikir macam-macam.. padahal takde apa-apa pun...Nampak tangga pun takut..lantai basah pun takut.. ntah apa-apa..

Lagi 2 weeks my MC leave... so nanti nak kena kerja balik.. So I terfikir nak cari kasut yang sesuai untuk tampung berat badan.. yang lasak tapi selamat..So keluar masuk kedai kasut, ada je tak kenan..Kasut yang elok dah tentu mahal...

Just now bukak email, ternampak la deal Scholl Orthaheel kat mysale.. Murah-murah...Terus kelabu mata...

Print screen jek yang mampu.. :D

So, klik-klik-klik.. terbeli dua pasang...

Sandal.. :)



Slip-on shoes.. :)

I nak quote sikit what is Scholl Orthoheel is all about: The Scholl Orthaheel brand leads the way by utilizing the latest podiatric medicine and research to revolutionize the way their consumers care for their feet. Their products continue to advance the science of foot care while maintaining an effortless style.

Penting sangat penjagaan kaki ye tuan-tuan... hehhehe... alasan nak bershopping.. ok la both I dapat RM92 each. Kalau kat kedai? Mana nak dpt kan?

And tak lupa juga utk hubs tersayang. Dia ni paling cerewet nak beli kasut.. Rasa dah setahun kot dia keluar masuk kedai kasut tapi tak terbeli.. mahal la.. takde size la.. takde kaler la...

So this one considers his birthday presie this year.. tak beli-beli dek kecerewetan dia la nie...

OK tak? RM124 je.. rega asal RM508...

Lagi 3 weeks akan digayakan di kaki masing-masing.. Tak sabar.. :)

pic creditted to mysale.com.my...

Related Posts with Thumbnails