Monday, March 11, 2013

Kiddos!

Last Saturday, I was busy hanging clothes outside.. I was about to enter my house to get some more hangers, I felt the floor was a bit slippery... And i can smell the scent of baby johnson's talc all over the house..

And then I found this...

-_-
                               
I looked around and saw the talc was al over the hall. Sofa, cushion, floor.. And even my phone.. The screen is now covered with talc every where!

Somebody was trying to wipe out the evidence..

Hmmm... great news was the day after the scene, the weekly cleaner came.. but the sad news was, I had to clean up some of the talc first coz the floor was so slippery!

Anak oh anak!






Tuesday, February 12, 2013

Makan-makan at Port Klang.

Salam people,

Sorry for the long hiatus. Nak kata bz bebeno pun tak jugak, tengah duk bz balancing worklife segala.. Blog pun dah takdan jengah..

Last two weeks, kami pergi makan-makan kt Port Klang sempena birthday my brother, Ateh. Kebetulan pulak dia baru je retored. So double celebration and memang niat Ateh nak belanja kami kat situ. Kami means bkn kami berempat but whole family.. Ni dia...


Ramainya...
Kami semua berkumpul kt rumah my eldest brother, Angah and konvoi gi sana.. Agak susah nk konvoi.. Coz lori laju-laju.. Takut...

Seafood kat situ ok la.. But eating with kids mana nak enjoy sgt kan? Nasib baik Faruq n Farissa behaved malam tu.. Yg x selesa karoke kt situ.. Kuat sgt sampai kitorang nak borak pun x dengar. My sis, Acik and her hubs memang x biasa dgn environment bising-bising macam tu. Berapa kali gak dia pegi komplen kt org karoke tu.. Masalahnya kalau suara they al tu ok xpe la jugak.. Ni macam tayar pancit.. Flat je... Lagu yang dipilih pun satu hal jugak..Dangdut sesaja.. Semua lagu didangdutkan..





Lepas makan, baru Ateh potong pulut kuning sempena birthday dia..


Then, kami semua balik semula ke rumah Angah minum-minum lagi coz tadi x puas berbual...

Minum-minum lagi dan masing-masing balik lewat.

Alhamdulillah Allah for the happy family.. Arwah Mak dgn Abah mesti happy tgk anak-anak semua rapat dan sentiasa berkumpul bersama-sama..


Monday, January 14, 2013

Slipped disc Pt III - Surgery Day

I was scheduled to operate on 28/11 petang. So pagi 28/11 tu baru pergi ke hospital. I dah prepare GL from my company. Since they only covers 20K, so the remaining I akan bayar tru potongan salary.. Lepas tu coverage bilik memang tak dapat yang single punya.. tak kisah la bukan nak duk lama pun kat ward..BUT, sampai sana, hubs changed his mind. Dia nak company dia cover everything so that takde la kena potong gaji ke apa.. So makin lambat la kami dapat masuk ward. Kena tunggu insurans company dia prepare GL pulak. Sampai agak-agak I dah nak mengamuk, baru la dapat bilik single.. coz hubs insisted gak bilik single coz double husband takleh tunggu.


Katil saya :)
Operation scheduled dalam pukul 4 lebih, so I dah start puasa dari malam sebelum tu lagi. Tunggu punya tunggu sampai pun pukul 4. Boring kot. Nurse bagi pil tahan sakit dgn pil apa tah mcm bius tu kot.. suh makan..

Lepas makan, salin baju then I pun dibawa ke OT. Kat OT baru dia cucuk masukkan ubat bius. Dalam masa yang sama, dia bagi gak bius yang mcm oksigen neb tu... Terus zzzzz..

Sedar-sedar, I nampak serba putih je sekeliling. Macam blur sekejap then dizzy lagi. I toleh ke kanan, nampak arwah Mak senyum dan cakap kat I. Yang pelik masa dia cakap tu, mulut tak bergerak-gerak.  Mak nampak bercahaya dan pakai serba putih. Mak cakap "Abah ko ada kat luar tu.." Lepas habis cakap tu, I macam passed out lagi sekali..

Sedar lagi sekali, baru I nampak hubs. Maybe dia kejut I time tu..Lepas tu I pun ditolak ke ward balik. Rasa ngantuk and dizzy still terasa lagi.. Rupanya time tu dah pukul 9 malam.. Doktor kata operation tu cuma 2 jam, tapi recovery period tambah lagi 2 jam baru I betul-betul stabil..

Sampai kat bilik, dengan drip air still on, doktor tak kasi plak I turun katil pergi toilet... coz baru je surgery kan.. Dah le asyik nak buang air.. So nurse-nurse kat situ la yang bantu I buang air atas katil and bersihkan..  kan.. Masa tu, nak angkat punggung pun tak larat.

I try goyangkan jari kaki.. Alhamdulillah OK.. And badan I langsung takde rasa sakit yang macam dulu tu.. rasa lega sangat.

Malam tu ada la dekat 5 kali kot I kena mintak tlg nurse sebab nak buang air. Hubs tidur nyenyak teman I.. Kesian dia penat.. Malam tu 1st time Farissa and Faruq tidur kat rumah bbsitter. Risau pun ada.


No Bilik
Esok pagi-pagi doktor dah datang pantau dan tukarkan dressing luka tu..Still rasa berat punggung and dizzy. Physio therapist pon datang ajar some exercise every 3 hours and ajar I berjalan pakai tongkat 4 kaki tu..Belah petang tu, I dah start jalan-jalan keliling ward. Dengan kepala ting tong nya, tapi I gagahkan diri.. Kalau tak takut berat punggung takleh jalan plak nanti...Berpimpin juga nk ke toilet semua..

Petang tu hubs bawak the kids datang. Alhamdulillah, I can see them again.. Terharu sangat. Few friends and family members datang visit. Thanks korang..

Malam kedua, Ata pulak teman.. Dia datang after work and penat sgt.. so dia tidur nyenyak ok.. hehehe.. Mlm tu takleh nak tidur sebab semalamnya tidur dah lama... Terkelip-kelip sorang-sorang. Malam tu tak buang air pun coz drip tu doktor dah off. So takyah la renyah ke toilet.


Setia visit Mama sambil tgk kartun kt tv.. 

Malam ketiga kat hospital, I stayed alone. Suh hubs balik dgn the kids.. Kesian plak dia.. Dah duk sorang-sorang tu.. duk diam je la kt ward...

Esoknya, lepas passed few rounds of physiotherapy, doktor kata boleh discharge coz I pun dah tak payah jalan berpimpin. Sementara nak tunggu insurance verify the bills, berjanggut gak menunggu... almost pukul 2 baru settled..



Harga sebuah slipped disc
On the way balik ke rumah, kami singgah Giant.. huhuhu sebab stok makanan semua tak beli lagi.. So jalan la slow-slow beli segala benda.

Sampai je rumah rasa lega sangat-sangat. Stitches tu amazingly cepat sangat healed. Sakit yang ditanggung selama nie hilang macam tu je.. 

Syukur Ya Allah.. Terima kasih di atas penyakit ini.. Sebab dari penyakit nie.. dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Silih berganti adik beradik, sedara mara, kawan-kawan datang melawat. Alhamdulillah Ya Allah... :)  Yang paling gembira dapat jumpa arwah Mak. Terngiang-ngiang suara dia.. Al-fatihah untuk Mak dan Abah..

Sunday, January 13, 2013

Tiba-tiba membizi...

Sepatutnya entry nie dulu dari entry yang nie. Dah ada dlm draft, review balik, tambah-tambah, post je la... Bukan apa, I tulis blog nie, supaya future nanti, I boleh baca balik and ingat apa yang I dah buat selama nie.. mcm diary gitu..

Baru masuk kerja dah membizi.. Huarghhh!! Dengar pulak isu nak downsizing kan people dalam team revamp nie.. lagi la pening.. Kesian kat budak-budak team nie.. baru nak bersemangat kerja.. tapi apa boleh kita buat.. Projek pun dah nak masuk maintenance phase.. hadap je la..

Last Thursday balik pukul 1130pm.. huuuu.. kena prepare workflow untuk renew lesen vokasional. Berkuatkuasa 14/1 ni, Lesen vokasional pun kena ikut pelarasan tarikh lahir. Dulu cuma CDL jek.. and Medical report pun dah boleh diupload dalam sistem. Canggih kan? Everything dalam sistem. Senang nak track.

Both Faruq dengan Farissa demam batuk and selsema. Bak kata Doktor tu, sekolah cuti, demam pun cuti, sekolah start, demam pun start balik.. Harap-harap ok la this week..

Ok lah, nak buatkan Milo untuk Farissa. Makcik nie dah takmo minum susu dalam botol plak.. Ade je helah dia kalau buat susu. Padahal dia yang mintak... So bagi je la milo tapi campur sikit dengan susu dia. minum pakai straw. Makcik nie kalau part botol dah boleh la berentikan.. tapi dah melekat berputing pulakkk... haiyooo.. tatau mcm mana nk pisahkan dia dgn puting kesayangan dia tu.... Ada tips tak kawan-kawan?




Update pantas..

Happy Sunday all,


  1. Baru sampai rumah dari banyak tempat. From Jusco AU2, register ID for JPJ Portal. Anda dah mendaftar? In future, banyak transaksi boleh dijalankan secara online.. so takyah dah nak kena pegi kaunter JPJ.. senang..
JPJ kini di hujung jari.. :)
2.    Balik dari Jusco AU2, singgah umah Ijut and Ucu minum petang. Merasa pisang goreng Abang    yang sedap tu.. Lama dah tak makan...

3.    Dalam perjalanan balik tu singgak Klinik Dr Ting. Check dua-dua skali.. nak kena gak melabur kat klinik ting dulu baru nak baik bebudak nie...Farissa plak kena gas. Sib baik dia steady je.. kalau tak dulu dia paling menggelupur kena neb..

Pegang sendiri.. tapi tak smpai seminit..

4.  Singgah makan jap then balik rumah.. malam gak smpai.. tadi battle nak bagi Farissa ubat.. tetiba dah tak suka plak mkn ubat..

Kejap lagi battle nak menggosok baju pulak... hadoi kejapnya dah isnin.. tetiba badan seram sejuk nak demam.. ahaah... dan dan... ni la namanya Sunday Night Fever.. :D

p/.s: Maaf numbering yang kelam kelibut..ke laut!!




Monday, January 7, 2013

Slipped disc? Pt II


Salam kengkawan,

Sorry la lambat bebeno sambung citer Slipped disc nie.. asek duk merepek-repek citer lain aje...
Sebelum start nak merepek lagi.. Lega kepala, rambut dah touch-up, 4 beranak dah potong rambut.. takde lagi Farissa terkipas-kipas rambut dia tu...lega mata juger..

Lepas ni nak kena displin buat scalp treatment every month coz takut botak la pulak. Hair dresser yang I selalu pergi tu pun kata rambut I dah banyak kalau nak banding 2-3 tahun lepas.. Last year pergi salon dia sekali je setahun.. punya la malas.. Kena rajinkan diri lepas nie..

Elok plak time treatment, perut lapar giler.. sampai gigil-gigil. Nampak gambar make-up comel-comel dalam magazine pun kecur.. Ntah apa-apa si gemok nie.. Habis je treatment, laju-laju ke Jusco Equine nak makan claypot chicken rice.. Layan betul.. melampau si gemok nie.. Tengok diri sendiri kat cermin salon tadi, rasa nak tampar-tampar diri sendiri.. Dagu macam ada tiga dah.. hahaha.. rase nak pecahkan aje cermin tu... Kena diet.. diet.. diet.. -__-

Ok kita sambung citer Slipped disc? ea...

Lepas di diagnosed dengan slipped disc tu, I cepat-cepat tanya doktor tu, berapa kos surgery, nama surgery.. segala la.. Doktor tak sempat nak jawab, soalan bertubi-tubi kluar dari mulut I.. Before pergi tu, I dah google-google macam-macam tentang slipped disc..

Dia quoted surgery from 20K-25K. Jaw dropped jugak la dengar.. Doktor tu tak memaksa-maksa suh buat dan-dan tu jugak.. Dia suruh fikir dulu.. and bagi ubat tahan sakit...

Bila balik tu, kami start bincang.. Hubs suggested pergi Hospital Selayang for second opinion sebab specialist tulang kt situ relative colleague dia.. So pergi la situ lepas hubs sms doktor tu..

Kitorang sampai lambat. Tahu je la gomen.. Rasa dah nak pitam.. Nak-nak nurse main passing-passing kaunter plak.. Pergi kaunter sini, disuruh pergi kaunter sana.. lepas tu duk buat muka musykil, takde reference letter la.. takde appointment la.. Memang I dah gave up time tu.. Dah le sakit.. Mabuk tgk macam-macam ragam orang sakit kt situ..

Tapi kitorang tunggu la jugak.. lepas tu bila I tengok dia susun I nye kad belakang-belakang, rasa dah hilang semangat je. Tiba-tiba sorang nurse tu approach I politely tanye nak jumpa doktor apa semua.. Then dia masuk dalam maybe gi cakap kt doktor tu.. Lima minit lepas tu dia keluar balik, then dia suruh I masuk.. Rasa lega yang amat...

So berjumpa la dengan Doktor Sidek.. Sangat-sangat friendly.. Dia belek-belek MRI yang I bawak then suruh I baring. Buat test yang ketuk-ketuk kaki nak tengok kaki still ok ke tak.. Banyak jugak soalan yang ditanye before he conclude his diagnosis.. and yes, he also suggested for surgery. Too bad, Hospital Selayang only specialized kat Sport Surgery aje.. So he suggested HKL or Sungai Buloh..kat situ ada pakar slipped disc..

He even prescribed ubat and vitamin yang sangat banyak and it's free. Jakun sikit I sebab tak payah bayar. Siap tanye dua kali kt nurse yang jaga ubat tu..haha.. So balik rumah and bincang lagi..

Dalam pada tu, my BIL suggested me to go to chiropactor kat Bangsar Village.. so I pun pergi la..The practitioner tu pun tengok gak MRI I.. and cakap memang teruk and dia tak guarantee bole baik dengan kaedah urut-urut nie.. serius nasib baik I pergi toilet kencing dulu before treatment. Dah la dua-dua lelaki.. sorang tarik kepala, sorang tarik kaki okeh... berderap-derap bunyik tulang.. Lega sikit rasa sakit.. tapi kejap je la.. Satu sesi RM120.. dia suh datang dalam 8 sesi.. pengsan~ Satu sesi pon I tak tahan dah...

Bila start tak leh nak tidur malam sebab sakit, I start google lagi.. coz ramai gak yang bagitau feedback negative lepas surgery slipped disc. Ngeri la pulak.. So I opted to go to UMSC plak..

As usual jalan nak gi sana jam giler..Sampai-sampai sana. .elok plak GL yang company I provided tu silap tulis nama hospital.. so nama diorang nak bagi I naik check up takde nya... kena la tunggu HR I fax yang baru, baru dapat jumpa doktor.. tu la tak bestnya private wing nie.. Tapi okey lagi CA.. kalau dah teruk sangat, dia akan check u dulu.. takde la sebok dok tanye duit dulu...

Jumpa la one specialist nie.. Lepas dia duk belek one of the MRI film tu terus conclude.. and lukis.. kena pasang besi, 4 skru etc.. lepas tu separuh tulang kena buang and ganti besi..mak aihhh.. siap cakap doktor CA silap diagnosed.. panic la I.. dah lain plak citer dia.. Lepas tu doktor bagitau.. the surgery tu ade 4 procedures dalam satu surgery.. aje ngeri dengo.. belum apa-apa dah quote max 35K untuk surgery. Kesan pasang skru tu, I nye movement akan limited la.. dah kata ada skru kat belakang kan?

Terus doktor nak fix kan date surgery. And surgery tu kena buat malam since private wing kan..I fixed gak la date tu eventho rasa mcm was-was.. sebab dah sakit. Sape yang kena slipped disc akan rasa apa yang I rasa.. rasa nak cepat je baik.. tak tahan nak tanggung sakit tu..

Turun utk settlekan payment.. belum apa-apa nurse kat bahagian payment dah tanye nanti surgery nak pakai insurans mana semua.. terus call ok dia..meluat plak I.. Harga consultation doktor without any medication dah RM200. Nasib baik gak ade GL company..

Lepas tu balik rumah, I fikir-fikir lagi.. baik buruk sumer.. ye la nie utk long term kan.. fikir punya fikir.. I pergi balik CA, bawak kertas yang doktor UMSC tu conteng-conteng then explain balik kt Doktor tu.. Yang I suka kat Dr Kamal nie.. dia calm orang nya.. tak melatah.. senang je jawab dia.. U bukannya tua sangat nak pasang-pasang skru nie..

Banyak gak menda yang I tanye nak clarify.. betul ke kalau lepas surgery kaki kecik sebelah? Lumpuh.. Doktor pernah buat berapa surgery yang sama? Ade hidden cost tak.. segala la.. Pun I takleh decide walaupun date kat UMSC dah fixed..

Doktor suh balik fikir dulu.. and dia siap cakap dia tak paksa...Bagus tul doktor nie..

Lepas dah habis fikir, hati memang dekat je nak buat kt CA.. terus call CA bagitau.. Petang tu, Doktor Kamal sendiri call I nak re-confirm and fix date.So, esoknya pergi terus confirm date on 28/11.

To be continued...





Sunday, January 6, 2013

Last Day Rehat Di Rumah...


Wah.. dah masuk Sunday.. lepas tu Monday kerja.... aaaa... malas.. Terasa best plak duk rumah... Nak jadi housewife la.. tapi budget lom cukup lagiiii....huuuu...

Misi mencari samping merah Faruq berjaya.. Alhamdulillah nasib baik ada jual yang ready made punya. Beli kat satu kedai baju sekolah besar kat area Bangi.. Dekat Warta Bangi pun ada jual jugak...

Tengah nak meng-adjust balik time tidur.. tatau la bangun ke tidak on Monday nie.. huh! Anak beranak tak tidur lagi.. Me dengan hubs on laptop, Faruq and Farissa dua-dua duk main Iphone.. Zaman sekarang..

OKlah.. sat g nk tidur dah.. kepala macam pening-pening plak. Terlebih tidur ke tak cukup tidur ntah..

Related Posts with Thumbnails