Dia tak pernah kacau sesiapa. Dia setia menungguku pulang dari kerja. Walaupun kadang-kadang terlambat dia mesti datang. Tungguku membuka balang makanannya, dan memberikannya dan kawan-kawan lain penyambung nyawa mereka. Makanan dah minuman.
Namun begitu dia sedikit liar. Jangan harap nk usap-usap atau pegang -pegang kepala dia. Garang. Asyik tunjukkan gigi sambil mendesis. Dia pernah beranak dua kali. Dua-dua tiada siapa menyedari bila masa dia bunting. Tiba-tiba ada anak. Anak yg pertama dua ekor. Mungkin sebab dia kecil lagi. Belum pun cecah setahun dah beranak. Kedua-duanya mati. Tadi aku membelek2 gambar di dalam memori telefon bimbit. Kalau ikut perkiraan, ya.. memang belum setahun. Tiba-tiba terjumpa dua ekor anak kucing lagi. Rupanya dia beranak lagi. Puas disorok anak-anaknya. Tak mahu aku memegangnya.
Balik dari kerja, memang aku yang ditunggu. Dia akan masuk ke dalam rumah dan duduk di depan pintu. Merenung ku yang duduk berehat, melepas lelah membawa kandungan yang mencecah 9 bulan. Bila aku bertanya, "Buh, mana anak kau?" Dia hanya mengelip2kan mata. Comel. Bila didekat dia lari. Pernah sekali, aku cuba mengurungnya di dalam sangkar. Bagai nak gila dia. Seperti bertukar menjadi harimau.
Malam tadi, seperti biasa dia menungguku pulang dari kerja. Tetapi dia agak terlewat. Baru aku perasan sekarang dia sudah mengalah dengan kucing-kucing yang lain. Tidak lagi berebut makan. Dia makan paling akhir. Mengisi perut utk menyusukan anak-anak yang dia sorokkan.
Sempat aku memberi kucing-kucing itu ikan bilis dan ikan goreng yang telah keras dalam peti sejuk. Dia makan juga sedikit. Jam 12 semasa aku naik ke atas, dia ada lagi di dalam rumah. Seperti biasa di depan pintu.
Aku tak pernah menjangka benda buruk akan berlaku kepada dia. Dia survivor. Hidup sendirian tanpa emaknya. Dia membesar di mataku.
Dalam jam dua pagi, aku terjaga mendengar pintu rumah dibuka tergesa-gesa. Ingatkan tiada apa berlaku. Suamiku naik dan memberitahu, "Yang, Buh kena makan anjing." Terus mataku terbuka. "Bukan dia tu. Mesti kucing lain." "Saya nampak kuning coklat tu, dia. Muka tak nampak. Dengar tak bunyi anjing?" Memang tadi aku tidur agak nyenyak kepenatan. Langsung tak dengar apa-apa.
Sampai siang aku tak lena tidur. Bangun-bangun cepat-cepat ke belakang rumah. Suamiku menceritakan ade lebih kurang 10 ekor anjing melompat ke rumah jiran sebelah di mana Buh berada. Menggigit dan mengheretnya ke padang belakang rumah.
Aku juga dapat melihat objek seperti dia di kelilingi oelh burung gagak yang sedang enak meratah juadah hidangan iaitu dia. Apalah daya perempuan yang sedang mengandung ini. Ikutkan hati mahu saja aku meratap meraung dan mengambilnya dari gagak-gagak itu. Pilu rasa hatiku sampai sekarang. Tak sanggup rasa nak balik ke rumah hari ini. Tiada lagi peneman setia. Hampir setahun dia menemani aku. Walaupun tak manja, tapi cukup menggembirakan hatiku selama ini.
Semoga Tuhan merahmati rohnya. Akan ku cari anak-anaknya nanti. Harap-harap tak menjadi bahan ratahan anjing liar itu. Tapi kenapa mesti dia?
Semasa kecil
Buh gambar close-up
Anak-anak kedua (gemuk kan? Geram)
Gambar terkini. Sebulan sebelum hari ini. Hari kematiannya.







2 comments:
Ya Allah...sedihnyer cara dia mati :-(
kan eynda? bengong tul anjing2 tuh..
Post a Comment