ZAHIRUL Imran Hamidon (baring) dan Mohd Hazim Irshad dirawat di Hospital Batu Pahat selepas menerima beberapa jahitan akibat cedera ditikam dengan gunting oleh ibu mereka di Bandar Putra Indah, Tongkang Pechah, awal pagi semalam.
BATU PAHAT: Dua beradik lelaki cedera ditikam ibu mereka yang dalam pantang dengan sebilah gunting ketika mangsa sedang nyenyak tidur di rumah mereka di Bandar Putra Indah, Tongkang Pechah di sini, awal pagi semalam.Dalam kejadian jam 3 pagi, ibu kanak-kanak berkenaan yang dipercayai mengalami tekanan mental, dikatakan memasuki bilik tidur mangsa sebelum menikam belakang badan Zahirul Imran Hamidon, 10, dan Mohd Hazim Irshad, 8, manakala seorang lagi anaknya berusia enam tahun tidak dicederakan.
Beliau berkata, bapa mangsa meluru ke bilik anaknya dan mendapati isterinya yang berusia 39 tahun sedang memegang gunting.
Ibrahim berkata, selepas menenangkan isterinya, jurutera itu kemudian menelefon polis bagi mendapatkan bantuan.
Dua beradik itu dikejarkan ke Hospital Batu Pahat (HBP) dan menerima beberapa jahitan, manakala ibu mereka ditahan dan kini ditempatkan di Wad Psikatri HBP.
Ibrahim berkata, siasatan mendapati suri rumah itu mengalami tekanan mental dan pernah beberapa kali cuba membunuh diri, tahun lalu.
"Suspek baru melahirkan anak kelimanya, kira-kira dua minggu lalu, iaitu satu-satunya bayi perempuan dalam keluarga itu, tetapi bayi berkenaan mengalami Sindrom Down. Seminggu lalu pula, bapanya meninggal dunia,” katanya ketika melawat dua beradik itu di Wad Kanak-Kanak HBP di sini.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata.
Sementara itu, ibu saudara mangsa, Hamidah Amin, 46, berkata beliau bergegas ke hospital apabila diberitahu adiknya mengenai kejadian itu.
"Saya tidak menjangka kejadian seperti ini akan menimpa keluarga adik saya, terutama anak-anaknya. Adik saya pernah membawa isterinya menjalani beberapa rawatan bagi menangani masalah tekanan yang dihadapi.
"Saya ingat keadaan sudah pulih apatah lagi selepas rawatan itu, isterinya hamil dan baru melahirkan anak perempuan pada 26 Mac lalu. Saya tidak pasti sama ada kelahiran itu dan kematian ayahnya 31 Mac lalu, menjadikannya tertekan kembali," katanya.
Hamidah berkata, pasangan itu mempunyai lima anak – empat lelaki dan seorang perempuan, tetapi anak sulung yang berusia 13 tahun tinggal di asrama penuh.
| BERITA Utama Dua beradik ditikam ibu dalam pantang BATU PAHAT: Dua beradik lelaki cedera ditikam ibu mereka yang dalam pantang dengan sebilah gunting ketika mangsa sedang nyenyak tidur di rumah mereka di Bandar Putra Indah, Tongkang Pechah di sini, awal pagi semalam. [+] Biasiswa prestij RM1.24b KERAJAAN memperuntukkan RM1.24 bilion tahun ini bagi menaja 1,500 pelajar yang melanjutkan pelajaran di bidang kritikal, termasuk perubatan, pergigian, farmasi dan kejuruteraan menerusi Program Ijazah Luar Negara (PILN). [+] |
| Nasional Cabaran urus masyarakat majmuk: PM PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak meminta penjawat awam komited bagi menghadapi cabaran untuk menguruskan negara berbilang kaum, budaya dan agama yang fikiran rakyatnya semakin kritikal dan lebih canggih dari segi jangkaan serta harapan terhadap kerajaan. [+] Pelaksanaan PTE diumum dalam masa terdekat KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (PTE) dalam masa terdekat dengan menjadikan sektor awam dan swasta sebagai ‘kenderaan’ utama memacu ekonomi negara ke tahap lebih memberangsangkan. [+] Kenaikan tol dibenar jika ada jalan alternatif KUALA LUMPUR: Kementerian Kerjaraya mencadangkan supaya kenaikan kadar tol bagi lebuh raya hanya dibenarkan bagi laluan yang mempunyai jalan alternatif, manakala pemegang konsesi lebuh raya dalam bandar diberikan opsyen lain supaya tidak membebankan pengguna. [+] Pendidikan formal aliran agama diterima CADANGAN Malaysia dan empat negara Islam lain untuk mengemukakan usul memasukkan pendidikan formal aliran agama dalam pendidikan aliran perdana global pada mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) ke-184 di sini, diterima oleh negara maju dan Afrika yang sebelum ini membantahnya. [+] Perompak nekad tembak rakan KUALA LUMPUR: Seorang perompak bertindak nekad menembak mati rakannya yang cedera terkena tembakan pengawal keselamatan dalam satu rompakan kedai emas di Wisma OUG, Jalan Klang Lama di sini, semalam. [+] Cuepacs sokong tuntutan Najib KUALA LUMPUR: Cuepacs memberi jaminan 1.2 juta penjawat awam di negara ini akan bersama kerajaan bagi menyokong inisiatif menjadikan Malaysia sebagai negara ekonomi berpendapatan tinggi. [+] Kakitangan TM dapat bonus 1.7 bulan gaji KOTA KINABALU: Telekom Malaysia Berhad (TM) mengumumkan bonus 1.7 bulan gaji kepada 16,240 kakitangan bukan eksekutifnya bagi tahun lalu yang akan dibayar menerusi gaji bulan ini. [+] Sekolah, hospital dibina di Padang hasil kutipan Tabung Bencana NSTP KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah dan hospital akan dibina di kawasan yang ditimpa bencana tanah runtuh di Padang, Indonesia tahun lalu dengan sumbangan yang diterima melalui Tabung Bencana The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP). [+] ‘Kekalkan MIC bertanding’ TELUK INTAN: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerusi Parlimen Hulu Selangor harus dikekalkan kepada wakil MIC kerana sudah lama diperuntukkan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) itu. [+] Rosmah deklamasi puisi 'Menapak Ke Puncak' KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, malam tadi menunjukkan bakatnya dengan mendeklamasikan puisi bertajuk ‘Menapak Ke Puncak’ pada majlis Malam Puisi Korporat Prihatin 1Malaysia di Auditorium Dewan Bandar Raya, Kuala Lumpur, malam tadi. [+] Subramaniam pasti MIC wakil Barisan Nasional SEPANG: MIC menyatakan keyakinan bahawa calon dari parti itu akan dipilih bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini. [+] Kad diskaun koperasi diperkenal KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memperkenalkan kad diskaun dan mata ganjaran pada Jun ini bertujuan menggalakkan lebih 6.78 juta ahli koperasi membeli barangan pada harga istimewa di semua koperasi berdaftar seluruh negara. [+] 40 pelatih PLKN di Gua Musang dikuarantin KOTA BHARU: Seramai 40 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Etnobotani, Gua Musang, dikuarantin sejak petang kelmarin selepas dikesan mengalami gejala jangkitan penyakit seperti influenza (ILI). [+] TV3, BH promosi destinasi memancing KUALA LUMPUR: Bagi mempromosikan pelancongan dalam negara terutama destinasi memancing, TV3 dengan kerjasama Unit Joran Berita Harian akan mengadakan ekspedisi tiga hari ‘Boat on The Road’ pada 7 Mei ini. [+] TaxSaya mudah pembayar cukai CYBERJAYA: Sebuah syarikat perisian komputer yang beroperasi di sini menawarkan satu perisian cukai, TaxSaya, secara percuma yang dapat membantu memudahkan pembayar cukai mengisi borang taksiran cukai pendapatan elektronik selain membantu mengira kadar cukai lebih tepat. [+] Tiga ahli Geng Parang ditembak TEMERLOH: Polis menembak mati tiga lelaki warga Indonesia berikutan menyerang polis dengan parang selepas kurang sejam merompak sebuah rumah di Bukit Keramat, Mentakab, di sini, semalam. [+] Buruh mati dibunuh lelaki bertopeng BUKIT MERTAJAM: Seorang buruh mati ditembak dari jarak dekat di kepala dipercayai oleh pembunuh upahan ketika berbual dengan seorang rakan di rumahnya di Taman Asas Damai di sini, kelmarin. [+] Bekas imam mengaku miliki ganja KOTA BHARU: Seorang bekas imam yang sudah empat kali menunaikan haji, dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan memiliki sembilan batang balutan ganja pada April tahun lalu. [+] Isteri anggap Sudin Ajaib mati PASIR MAS: “Saya anggap Sudin sudah mati,” kata isteri pertama Shamsuddin Che Derahman atau Sudin Ajaib, lelaki tabligh berusia 41 tahun yang masih diburu polis kerana kesalahan mengahwini kanak-kanak bawah umur. [+] Sekolah musnah dipanah petir KUALA KRAI: Sebuah bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Peria di sini, musnah dalam kebakaran dipercayai akibat panahan petir, petang semalam. [+] Ribut rosak 270 rumah di tiga negeri BALING: Lebih 270 rumah rosak, dengan hampir semua bumbung rumah itu diterbangkan angin dalam tiga kejadian ribut di sini, Sungai Manik di Perak dan di Temerloh, Pahang, kelmarin. [+] Murid Tahun Enam lemas mandi laut LANGKAWI: Kegembiraan sekumpulan kanak-kanak bermain air di Pantai Teluk Nibung, di sini, petang kelmarin bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka mati lemas. [+] Pegawai masjid kena paksa letak jawatan ALOR SETAR: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, menyelar tindakan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) menghantar surat berserta borang peletakan jawatan secara paksa kepada imam, bilal dan siak di beberapa masjid di negeri ini. [+] 74 tahun kumpul 2,000 setem BALING: Hobi mengumpul setem sejak muda membolehkan seorang warga emas mempunyai lebih 2,000 keping setem termasuk dari luar negara sejak zaman sebelum Perang Dunia Kedua. [+] Terengganu diminta tumpu basmi masalah kemiskinan KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu diminta menumpukan perhatian kepada program membasmi kemiskinan dan menjadikannya sebagai agenda utama negeri. [+] Keluarga Omar terputus hubungan PADANG BESAR: “Tiada lagi berita diterima selepas ayah ke Laos. Apa yang kami tahu, cuma kesihatannya dikatakan semakin merosot sejak kembali menjalani hukuman di sana,” kata Siti Suhaida, 17, anak ketiga kepada Omar Atan, 59, peniaga dari Perlis yang kini ditahan di Penjara Phunthong, di Laos. [+] |
| Wilayah Rumah jadi asrama SUBANG JAYA: Beberapa pemilik rumah di sekitar kawasan ini meraih keuntungan berlipat kali ganda kerana menyalahgunakan premis kediaman mereka dengan menjadikannya sebagai asrama kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari dalam dan luar negara. [+] Sri Medan tiada ATM SRI MEDAN: Ketiadaan cawangan bank mahupun mesin pengeluaran wang (ATM) di pekan ini sejak dulu, merumitkan lebih 10,000 penduduk di sini menjalankan urus niaga harian berikutan mereka perlu ke kawasan berhampiran sama ada di pekan Yong Peng atau Batu Pahat yang masing-masing terletak antara 15 hingga 20 kilometer dari sini. [+] Mangsa pembangunan KEPALA BATAS: Bagaikan tidak pernah belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini, pemaju sesebuah projek pembangunan terus menyusahkan penduduk yang tinggal berhampiran kawasan yang dimajukan. Walaupun masalah sebegini sudah acap kali dilaporkan, namun seakannya ia tidak akan berhenti. [+] Hobi kereta antik SEREMBAN: Sanggup berhabis kerana hobi. Itu yang dilakukan pemilik kereta antik, N Rajan, 42, yang sudah menghabiskan wang sehingga mencecah jutaan ringgit demi memenuhi minatnya mengumpul kereta antik. [+] ‘Kapal korek’ pemusnah KOTA BELUD: Lebih 2,000 penduduk Kampung Pintasan di sini dan sekitarnya mendakwa terputus hubungan dengan pekan ini dan kawasan lain berikutan kerosakan teruk jalan dua kilometer (km) dari kampung itu ke Kampung Kesapang atau Kampung Tamau. [+] |
| Sukan Detik penentuan buat Barca MADRID: Barcelona menempuh detik getir minggu ini dengan dua halangan besar – pertama bertemu Arsenal dalam perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah dan kemudian berentap musuh tradisi, Real Madrid dalam saingan liga – segala-galanya akan berlaku dalam tempoh empat hari yang padat. [+] Zol desak KOAM kekal 4 jurulatih MAJLIS Sukan Negara (MSN) tetap berpendirian tegas mahu keempat-empat jurulatih olahraga meneruskan tugasan masing-masing ketika beranggapan persiapan atlit negara serta dua temasya besar – Sukan Asia dan Komanwel – harus diberi keutamaan, tahun ini. [+] Kerajaan cadang wujud IKBN tawar sukan permotoran KERAJAAN bercadang mewujudkan sebuah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang menjurus kepada pengajian sukan permotoran bagi memajukan lagi industri sukan itu di negara ini. [+] Merah Kuning turun tempang TANPA lima tonggak utama, Selangor berdepan kesukaran mengutip tiga mata dalam usaha menghidupkan peluang ke suku akhir Piala AFC menentang Victory SC di Stadium Shah Alam, malam ini. [+] Pemain Kedah diminta beri tumpuan penuh Piala FA PEMAIN skuad bola sepak Kedah diminta mengetepikan segala masalah sebaliknya memberi fokus 100 peratus ke arah cabaran Piala FA apabila menentang Negeri Sembilan dalam final, Sabtu ini. [+] NS tak rela terlepas trofi lagi SELEPAS terlucut trofi Piala Sumbangsih awal Januari lalu, Negeri Sembilan tidak mahu peluang menjulang trofi kedua - Piala FA tersekat kali ini. [+] Lotus ke China bersama impian GRAND Prix Malaysia Petronas 2010 yang berakhir di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), kelmarin jelas merakam sejarah tersendiri dalam perjalanan penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) di negara ini sejak 1999. [+] Vettel juara dunia dalam pembikinan PEMANDU Red Bull, Sebastian Vettel menuju ke China seolah-olah bagaikan bakal juara dunia selepas mendominasi perlumbaan Grand Prix Malaysia Petronas, kelmarin. [+] Tanpa Puyol, Pique selesa buat The Gunners BARCELONA: Pasukan dibelenggu kecederaan, Arsenal percaya kehilangan dua bek tengah Barcelona yang digantung, Carlos Puyol dan Gerard Pique menjadi kunci untuk membuka pintu ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah. [+] 'Rumput tiruan bukan masalah' MOSCOW: Jurulatih Jose Mourinho percaya bermain di atas padang tiruan adalah perkara mudah buat pasukannya, Inter Milan ketika mereka berhasrat menyingkirkan CSKA Moscow pada timbal balik kedua suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi esok. [+] Liga Juara: England diancam tanpa wakil BERNE: England mungkin tanpa sebarang wakil dalam separuh akhir Liga Juara-juara buat pertama kali sejak 2003 seandainya Manchester United atau Arsenal gagal mencipta keajaiban pada timbal balik kedua suku akhir. [+] Woods siap sedia kembali selepas 5 bulan menyepi AUGUSTA (Georgia): Tiger Woods bersiap sedia untuk menghadapi pusingan pertama golf, lebih awal berbanding pembeli tiket, selepas lima bulan skandal seks menenggelamkan dirinya sebelum sesi sidang media menjelang Kejohanan Masters, kelmarin. [+] 'United sukar tanpa Rooney' LONDON: Carlo Ancelotti menegaskan kecederaan Wayne Rooney menjejaskan impian gelaran Liga Perdana dan Liga Juara Eropah Manchester United. [+] Gol Ronaldo, Higuain kukuh posisi Real di persada liga MADRID: Cristiano Ronaldo dan Gonzalo Higuain masing-masing menjaringkan gol bagi membantu Real Madrid menewaskan Racing Santander 2-0, sekali gus memastikan mereka kekal bersaing dengan Barcelona untuk kedudukan teratas Liga Sepanyol. [+] Benitez belum putus asa buru aksi Eropah BIRMINGHAM: Rafael Benitez memberi amaran kepada pemain bintang Liverpool bahawa penyudah musim ini tidak akan lengkap sekiranya beliau gagal menunaikan janji membawa saingan Liga Juara Eropah ke Anfield. [+] Skuad ragbi dapat suntikan semangat KEJAYAAN mengungguli Kejohanan Jemputan Ragbi Tujuh Sebelah di New Delhi, kelmarin belum memberi keyakinan kepada pasukan ragbi negara beraksi di Sukan Asia, November ini. [+] Suryani makin ghairah SELERA Nur Suryani Mohd Taibi kian bertambah apabila bertekad memperbaiki lagi pencapaiannya dalam Kejohanan Menembak Piala Dunia di Beijing pada 15 sehingga 25 April ini. [+] Pro & Kontra: Syor setiap pelajar kuasai satu sukan wajar disokong SAYA tertarik dengan sifat peka Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah terhadap kemajuan sukan seperti tertera dalam titah ucapan mengenai Perak memiliki rekod terpuji kerana berjaya melahirkan tokoh sukan yang tersohor sehingga ke peringkat antarabangsa. [+] Piala Razak capai tujuan KEJOHANAN Hoki Piala Razak edisi ke-48 yang berakhir di Kuantan, kelmarin jelas menyaksikan matlamat utama melahirkan pemain bertaraf antarabangsa tercapai kerana rata-rata pasukan yang beraksi menampilkan ramai pemain muda terutama yang bakal beraksi di Sukan Malaysia (Sukma) XIII Melaka, Jun ini. [+] Kerja baik pulih stadium jejas skuad hoki negara USAHA membaik pulih kemudahan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil bertukar ‘beban’ buat dua skuad utama kebangsaan yang bergelut menyiapkan diri menjelang kejohanan utama sepanjang tahun ini. [+] |
| Dunia Gempa gegar Mexico, AS TIJUANA: Sekurang-kurangnya dua terbunuh dan 100 lagi cedera selepas satu gempa bumi berukuran 7.2 skala Richter melanda sempadan Mexico dan dirasai di beberapa kawasan di Amerika Syarikat termasuk Los Angeles, Phoenix dan Vegas. [+] Konsulat Amerika kena serang PESHAWAR: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut termasuk empat penyerang apabila dua kenderaan membawa anggota kumpulan militan bersenjata lengkap cuba menyerang konsulat Amerika Syarikat di sini, semalam. [+] James Bond bukan lagi contoh perisik LONDON: “Dikehendaki: individu tidak menarik, tinggi 1.57 hingga 1.58 meter, mempunyai pendengaran baik, mampu berdiri tegak untuk tempoh lama dalam cuaca paling sejuk dan panas. Calon yang berminat juga mesti mempunyai minat bersembunyi di balik pokok di taman bunga dan mesti bencikan janggut serta misai palsu.” [+] Macam-macam: Celah seluar dalam tempat sorok kokain LAGOS: Polis Nigeria menahan seorang ibu dan dua anak kembarnya berusia enam tahun, selepas sejumlah kokain ditemui di celah seluar dalam mereka, ketika cuba menaiki pesawat menuju London. [+] Guru bom stesen Moscow MOSCOW: Seorang guru sains komputer berusia 28 tahun dikenal pasti keluarganya sebagai seorang daripada dua pengebom bunuh diri wanita di Moscow minggu lalu, serangan yang menyebabkan berpuluh maut. [+] Bangunan SPR Thailand diserbu BANGKOK: Penunjuk perasaan antikerajaan Thailand memasuki pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, meningkatkan tekanan terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva selepas kempen bantahan masuk minggu ke-4. [+] Wanita rambut perang ‘bertuah’ MELBOURNE: Wanita berambut perang sebelum ini sering dituduh sebagai kurang cerdik tetapi satu kajian terbaru menunjukkan mereka berpendapatan purata tujuh peratus lebih tinggi berbanding wanita dengan warna rambut lain. [+] Haifa Wehbe teratas dalam carta lagu BEIRUT: Album baru penyanyi terkenal Lubnan, Haifa Wehbe berjudul Bebe Haifa, berjaya menduduki tangga teratas carta lagu Asia Barat, menyingkirkan seorang lagi penyanyi terkenal negaranya, Elissa. [+] Woods bimbang kena kacau bekas kekasih FLORIDA: Pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods, bimbang ada di kalangan kekasih sulitnya akan cuba mengganggu ketika beliau bertanding dalam kejohanan Masters di Augusta, Khamis ini. [+] |
| Ekonomi AirAsia X sedia RM110j naik taraf kerusi pesawat SYARIKAT penerbangan tambang murah jarak jauh, AirAsia X membelanjakan sejumlah RM110 juta bagi menaikkan taraf tempat duduk kelas premium dan ekonomi untuk 11 pesawat miliknya, tahun ini. [+] Maybank Islamic unjur pembiayaan naik 18 peratus MAYBANK Islamic Bank Bhd yakin mencatat pertumbuhan lebih 18 peratus dalam pembiayaan berasaskan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2010, sejajar pemulihan ekonomi negara. [+] Bank Islam mahu tingkat jenama kad kredit BANK Islam Malaysia Bhd akan memeterai perjanjian jenama bersama kad kredit dengan dua syarikat, termasuk sebuah syarikat telekomunikasi, bagi meningkatkan kesedaran mengenai jenama. [+] Ulasan pasaran: Saham kewangan kukuh pasaran HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh semalam, sekali gus meneruskan keuntungan minggu lalu dengan dirangsang oleh belian kukuh ke atas saham kewangan di tengah-tengah sentimen pasaran yang semakin baik. [+] |
| HIP Catat sejarah SEJARAH terus dilakar penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza apabila dia terus mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk kali ke-13 berturut-turut dan kembali merampas gelaran Bintang Paling Popular sebanyak tujuh kali, sekali gus mencatat rekod peribadi buat penyanyi jelita ini. [+] Terima kasih pilih kami “Alhamdulillah. Terima kasih kepada peminat kerana memberi peluang kali ketujuh untuk saya menjulang trofi ini. Saya akan terus memberi persaingan kepada pesaing baru dan tidak akan mengalah. Saya teringin juga untuk melihat orang lain pula naik ke pentas mengambil trofi ini. Bezanya anugerah ini dengan anugerah lain kerana ia umpama bayangan kepada kualiti kerja yang diiktiraf oleh peminat. [+] Kalah bukan penamat HIDUP umpama pusingan roda yang ligat berputar. Selepas berada di atas, putaran roda sedikit demi sedikit berputar ke bawah. Suka atau tidak, insan yang disanjung harus menerima hakikat bahawa satu hari nanti, limpahan populariti mereka juga akan pudar. [+] Kasihan penyanyi sekarang PERJUANGANNYA dalam bidang seni tidak pernah mati. Malahan, semangatnya untuk terus membantu menyemarakkan lagi industri seni yang semakin malap ini terus membara seiring dengan nafas yang dihela. [+] Mantap, penuh bertenaga SEGMEN persembahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 antara yang terbaik pernah disajikan kepada penonton. Ia bukti kepekaan Berita Harian selaku penganjur selain mendapat kerjasama Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi). [+] Lulus ujian kerana serasi KESERASIAN yang wujud antara mereka ketika berada di depan kamera mungkin antara faktor membolehkan Dominic Lau dan Marion Caunter dipilih sebagai pengacara E! News Asia yang sudah pun mula ditayangkan pada 28 Mac lalu di saluran E! Entertainment Astro. [+] Hilang taring kalau tidak berubah MENTERI Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengingatkan kakitangan RTM sekiranya sikap mereka tidak berubah dalam menyesuaikan kemajuan dan perkembangan terkini dalam dunia penyiaran masa kini, RTM akan hilang taringnya dan menghadapi kesukaran untuk bangkit lagi. [+] Aksi tarian hebat di 8TV setiap Rabu DEMAM Showdown 2010 kini melanda Malaysia! Program realiti pertandingan tarian krew yang semakin hangat ini, kini menerima sambutan yang luar biasa yang mana lebih 100 krew menghadiri uji bakat yang diadakan di seluruh negara. [+] |
Bahaya jugak kan post natal depression nie? Doa2 la semoga segalanya selamat untuk saya dan coonfinement mummies yang lain. Ni first time jaga sendiri2. Harap semuanya ok..Thanks to all the support ya kawan2.. :)








0 comments:
Post a Comment