Poyo sekali tajuk nie...
Sorry peeps lama x update.. tah apa yg bz dr bulan puasa sampai raya dah nak abis... bz kau tak abis2 kan? heheheh...
Anyway belum terlambat nk wish, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin...
Saya akan cuba meng-update sebanyak mungkin! Sabar yeh! :)

Thursday, August 29, 2013
Hello world!
Sunday, June 23, 2013
Nisfu Syaaban..
Salam Nisfu Syaaban everyone,
Hope you are happy and in a good shape celebrating the holy Nisfu Syaaban..
Quoted from Umie Aida's status update on FB:
Malam nisyfu Sya'ban jatuh pada hari AHAD 23 JUN malam ISNIN
(Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib. Salam maaf dipinta,smoga buku baru lebih diberkati..amin.
I hope we can be better person for our future undertakings.. Insya-Allah. I am feeling happy and contented today.. Me and hubs cited Yaasin after we performed solat together. This is the first time we recited Yaasin for Nisfu Syaaban.. Alhamdulillah... We slowly move towards meaningful life :)
I remember during my childhood time, Arwah Abah and Mak never failed recited Yaasin together during Nisfu Syaban every year. Not even that, we (me, Ata and Ijut) were trained to recite Yaasin every Thursday night after Maghrib.. And now bila dah tua and they were already in better place, I rarely recited Yaasin. Will make that a good habit.
I'll better stop here, need to prepare for working tomorrow. :( malasnya.. huhuhu..
Nite peeps..

Friday, June 14, 2013
Aktiviti Farissa (Mama yang buat) masa cuti sekolah..
Salam Jumaat,
How are you lovely ladies.. Hopefully semuanya sihat-sihat belaka.. I pulak tak berapa nak sihat. Demam and cirit-birit since yesterday.. This morning memang tak larat sangat-sangat. After few hours sleeping, now rasa mcm dah lega sikit..Everytime demam mesti I cirit-birit sekali. Tapi takde la teruk sampai perut memulas-mulas, only mild one. Hopefully cepat recover... Ok, let's move on straight to the subject.
Masa cuti sekolah hari tu, we went to Alamanda. Saje jalan-jalan and kebetulan ada MPH buat sale. Bought this package of balloon box untuk Farissa. Dia nampak je box tu terus peluk taknak lepas. Confirm la kena beli. Faruq pulak beli set of origami tapi mostly mcm mana nak buat plane punya origami..
The box comes with balloons (of course), pam dengan step-by-step book.
| Balloon animals |
hahahha... So I try buat yang nie..
| Steps for beginners.. Passed! :) |
| Cuba buat nie pulak! |
| Ni hasil dia.. hahaha.. panjang pulak badan si Boomers nie.. |
Berjaya la jugak buat anjing nie ha.. tp takde la 100% serupa dengan gambar... Seriau bab memintal-mintal tu.. Takot meletup...
| Own invention.. hahah... |
Ok tu je for now... Ada masa saya merepek lagi... Bye lovelies.. Happy weekends.. :)

Wednesday, June 12, 2013
Cuti Terpaksa..
Tarik nafas.... lepas... ah... baru la lega dapat bercuti hari nie. Walaupun bukan cuti yang dirancang..tetap lega dapat rehat-rehat kat rumah dengan Echah..
Malam tadi babysitter called bagitau ade emergency, terpaksa cuti.. Cepat-cepat sms my boss mintak cuti.. Nasib baik dia kata ok.. Babysitter nie tak pernah ambik cuti even kalau dia demam sekalipun.. Imagine dia jaga Faruq dari umur 3 tahun sampai now dah 8 tahun. And Farissa pun sejak lahir sampai la sekarang.. Takpe la.. Let her settle her matters.
I pulak sekarang tengah simptom-malas-nak-kerja. Rasa nak nangis tiap kali nk g kerja. Melampau tak? Hahahah... Once in a while mesti akan rasa macam nie..
Ok la peeps.. nak menikmati hari-hari yang indah tanpa memikirkan hal kerja... Adios... Take care lovelies...

Friday, May 31, 2013
Sangat stress!!
Hello lovelies,
So sorry for the long hiatus babes... Tak tahu la apa yg di-bzkan sampaikan x berupdate lama bebeno... Sigh..
Sekarang mode sgt stress.. Stress kerja, stress hidup segala lah! Maybe sebab 1st day period kot.. Ada rasa nak resign 24 hours terus!
This week and next week kan cuti sekolah. X dpt nak spend time sgt dgn budak2 ni. Starting Ahad onwards until Khamis, outstation ke Utara.. Sigh.. Part travel paling malas.. Ntah kenapa..
Semalam cuti, farissa pulak x sihat.. So kami spent time kat rumah je.. So today I half day.. Curi masa bwk diorang jalan2 kat Empire walaupun tau kat office tgh bz sgt! Rasa guilty kat budak2 office sbb tinggalkan kerja mcm tu je tadi..dgn guilty jugak kt si Faruq n farissa kalau x dpt bwk they all jln2... Tak suka situasi tersepit mcm ni..
Seeing them happy running around.. Gelak2.. Makes me felt much more guilty. Nak resignnnnnn!!! Herghh..
Dah la my niece, Noi lagi 2 weeks.. Lagi bertambah stress sebab takdan sgt nk menolong my SIL wat preparation..
Ya Allah tolong tunjukkan hambaMu ini jalan... Permudahkan urusan hidup kami..Amin..
Wednesday, April 3, 2013
Happy belated 3rd birthday Farissa..
She's now 3 since last Sunday 300313.. And we celebrated her birthday kat rumah Atuk dia kt Muar..
No fancy birthday party.. No custom made banner, cakes etc.. Sorry sayang.. Mama xnak biasakan anak2 mama mewah2 mcm tu.. Biar simple but meaningful. Happy sgt atuk dgn nenek dpt celebrate birthday cucu dia..
Some of the pics.. Mama loves you so much..
Hibernated!
Salam peeps,
How was your day? I hope everything moved perfectly. Mine was ok.. Alhamdulillah.. Bz juggling between work and personal, family to be exact..
Some was Ok, some wasn't.. It is called normal life.. Kalau hidup ni happy memanjang, bukan hidup namanya.. Kan?
I hope my busy-ness and whole hearted commitment to work will worth.. Kesian kt my family. Lesser time spent tapi tak berbaloi..
I some how think is it worth it? Am I being "used" for just work sake? And suddenly, i terfikir.. One of the colleague told me.. Kita takkan dapat dua-dua.. Kalau ko terlampau fokus pada kerja, ko kena letakkn family nombor dua atau kalau ko fokus pada family aje, kerja ko kena letak nombor dua..
And now I think what he said is somehow true.. Sekarang ni, I mmg slalu balik lewat..kengkadang bila balik, cuma ade sejam dua masa utk the kids.. Lps tu I dah sibuk nak tidur.. Penat.. Or bukak laptop buat kerja lagi.. Faruq and Farissa demanded my attention yang kengkadang buat I naik geram coz I duk fikir pasal kerja..
Pernah jugak terfikir nak berhenti tapi... Kena jugak selesaikn hutang2 especislly PTPTN.. Takkan nak bebankn hubs?
Yang paling sedih last 2 weeks, both kids kena admitted kt ward.. Masa tu I kat Melaka outstation.. Skarang 70% of the tasks as parent, hubs yang buat.. Berbaloi ke?
I know dilemma ni memang selalu berlaku to career mum.. But in my situation mcm x nmpak pon yg I boleh excel in my career.. Byk faktor penghalang pun..rasa mcm digunakan pon ade.. Hmm..
Fikir punya fikir, I think I need to slow down a bit.. Focus more to family.. Kalau perlu kena downgrade position pon xpe..janji anak-anak terurus.. Or cari kerja lain?
Oh.. Dilemmanyaaaa... Blog ni pon dh x terjaga dah..
Honestly, i dah penat, rasa mcm nk jumpa arwah mak, arwah abah.. Nak borak2 tentang apa saja.. Malas nk ganggu kawan2.. My besties ade yg pregnant.. Ade yg baru kehilangan Mak jugak (ni pun i xleh commit nak visit dia). Sorry awak .. :(
Oklah sebelum merempan dgn lebih lama, I better stop..
Good night people..sweet dreams..
Love, R.
Monday, March 11, 2013
Kiddos!
Last Saturday, I was busy hanging clothes outside.. I was about to enter my house to get some more hangers, I felt the floor was a bit slippery... And i can smell the scent of baby johnson's talc all over the house..
And then I found this...
![]() |
| -_- |
I looked around and saw the talc was al over the hall. Sofa, cushion, floor.. And even my phone.. The screen is now covered with talc every where!
![]() |
| Somebody was trying to wipe out the evidence.. |
Hmmm... great news was the day after the scene, the weekly cleaner came.. but the sad news was, I had to clean up some of the talc first coz the floor was so slippery!
Anak oh anak!
Tuesday, February 12, 2013
Makan-makan at Port Klang.
Salam people,
Sorry for the long hiatus. Nak kata bz bebeno pun tak jugak, tengah duk bz balancing worklife segala.. Blog pun dah takdan jengah..
Last two weeks, kami pergi makan-makan kt Port Klang sempena birthday my brother, Ateh. Kebetulan pulak dia baru je retored. So double celebration and memang niat Ateh nak belanja kami kat situ. Kami means bkn kami berempat but whole family.. Ni dia...
![]() |
| Ramainya... |
Seafood kat situ ok la.. But eating with kids mana nak enjoy sgt kan? Nasib baik Faruq n Farissa behaved malam tu.. Yg x selesa karoke kt situ.. Kuat sgt sampai kitorang nak borak pun x dengar. My sis, Acik and her hubs memang x biasa dgn environment bising-bising macam tu. Berapa kali gak dia pegi komplen kt org karoke tu.. Masalahnya kalau suara they al tu ok xpe la jugak.. Ni macam tayar pancit.. Flat je... Lagu yang dipilih pun satu hal jugak..Dangdut sesaja.. Semua lagu didangdutkan..
Lepas makan, baru Ateh potong pulut kuning sempena birthday dia..
Then, kami semua balik semula ke rumah Angah minum-minum lagi coz tadi x puas berbual...
Minum-minum lagi dan masing-masing balik lewat.
Alhamdulillah Allah for the happy family.. Arwah Mak dgn Abah mesti happy tgk anak-anak semua rapat dan sentiasa berkumpul bersama-sama..
Monday, January 14, 2013
Slipped disc Pt III - Surgery Day
I was scheduled to operate on 28/11 petang. So pagi 28/11 tu baru pergi ke hospital. I dah prepare GL from my company. Since they only covers 20K, so the remaining I akan bayar tru potongan salary.. Lepas tu coverage bilik memang tak dapat yang single punya.. tak kisah la bukan nak duk lama pun kat ward..BUT, sampai sana, hubs changed his mind. Dia nak company dia cover everything so that takde la kena potong gaji ke apa.. So makin lambat la kami dapat masuk ward. Kena tunggu insurans company dia prepare GL pulak. Sampai agak-agak I dah nak mengamuk, baru la dapat bilik single.. coz hubs insisted gak bilik single coz double husband takleh tunggu.
![]() |
| Katil saya :) |
Lepas makan, salin baju then I pun dibawa ke OT. Kat OT baru dia cucuk masukkan ubat bius. Dalam masa yang sama, dia bagi gak bius yang mcm oksigen neb tu... Terus zzzzz..
Sedar-sedar, I nampak serba putih je sekeliling. Macam blur sekejap then dizzy lagi. I toleh ke kanan, nampak arwah Mak senyum dan cakap kat I. Yang pelik masa dia cakap tu, mulut tak bergerak-gerak. Mak nampak bercahaya dan pakai serba putih. Mak cakap "Abah ko ada kat luar tu.." Lepas habis cakap tu, I macam passed out lagi sekali..
Sedar lagi sekali, baru I nampak hubs. Maybe dia kejut I time tu..Lepas tu I pun ditolak ke ward balik. Rasa ngantuk and dizzy still terasa lagi.. Rupanya time tu dah pukul 9 malam.. Doktor kata operation tu cuma 2 jam, tapi recovery period tambah lagi 2 jam baru I betul-betul stabil..
Sampai kat bilik, dengan drip air still on, doktor tak kasi plak I turun katil pergi toilet... coz baru je surgery kan.. Dah le asyik nak buang air.. So nurse-nurse kat situ la yang bantu I buang air atas katil and bersihkan.. kan.. Masa tu, nak angkat punggung pun tak larat.
I try goyangkan jari kaki.. Alhamdulillah OK.. And badan I langsung takde rasa sakit yang macam dulu tu.. rasa lega sangat.
Malam tu ada la dekat 5 kali kot I kena mintak tlg nurse sebab nak buang air. Hubs tidur nyenyak teman I.. Kesian dia penat.. Malam tu 1st time Farissa and Faruq tidur kat rumah bbsitter. Risau pun ada.
![]() |
| No Bilik |
Petang tu hubs bawak the kids datang. Alhamdulillah, I can see them again.. Terharu sangat. Few friends and family members datang visit. Thanks korang..
Malam kedua, Ata pulak teman.. Dia datang after work and penat sgt.. so dia tidur nyenyak ok.. hehehe.. Mlm tu takleh nak tidur sebab semalamnya tidur dah lama... Terkelip-kelip sorang-sorang. Malam tu tak buang air pun coz drip tu doktor dah off. So takyah la renyah ke toilet.
![]() |
| Setia visit Mama sambil tgk kartun kt tv.. |
Malam ketiga kat hospital, I stayed alone. Suh hubs balik dgn the kids.. Kesian plak dia.. Dah duk sorang-sorang tu.. duk diam je la kt ward...
Esoknya, lepas passed few rounds of physiotherapy, doktor kata boleh discharge coz I pun dah tak payah jalan berpimpin. Sementara nak tunggu insurance verify the bills, berjanggut gak menunggu... almost pukul 2 baru settled..
![]() |
| Harga sebuah slipped disc |
Sunday, January 13, 2013
Tiba-tiba membizi...
Sepatutnya entry nie dulu dari entry yang nie. Dah ada dlm draft, review balik, tambah-tambah, post je la... Bukan apa, I tulis blog nie, supaya future nanti, I boleh baca balik and ingat apa yang I dah buat selama nie.. mcm diary gitu..
Baru masuk kerja dah membizi.. Huarghhh!! Dengar pulak isu nak downsizing kan people dalam team revamp nie.. lagi la pening.. Kesian kat budak-budak team nie.. baru nak bersemangat kerja.. tapi apa boleh kita buat.. Projek pun dah nak masuk maintenance phase.. hadap je la..
Last Thursday balik pukul 1130pm.. huuuu.. kena prepare workflow untuk renew lesen vokasional. Berkuatkuasa 14/1 ni, Lesen vokasional pun kena ikut pelarasan tarikh lahir. Dulu cuma CDL jek.. and Medical report pun dah boleh diupload dalam sistem. Canggih kan? Everything dalam sistem. Senang nak track.
Both Faruq dengan Farissa demam batuk and selsema. Bak kata Doktor tu, sekolah cuti, demam pun cuti, sekolah start, demam pun start balik.. Harap-harap ok la this week..
Ok lah, nak buatkan Milo untuk Farissa. Makcik nie dah takmo minum susu dalam botol plak.. Ade je helah dia kalau buat susu. Padahal dia yang mintak... So bagi je la milo tapi campur sikit dengan susu dia. minum pakai straw. Makcik nie kalau part botol dah boleh la berentikan.. tapi dah melekat berputing pulakkk... haiyooo.. tatau mcm mana nk pisahkan dia dgn puting kesayangan dia tu.... Ada tips tak kawan-kawan?
Update pantas..
Happy Sunday all,
- Baru sampai rumah dari banyak tempat. From Jusco AU2, register ID for JPJ Portal. Anda dah mendaftar? In future, banyak transaksi boleh dijalankan secara online.. so takyah dah nak kena pegi kaunter JPJ.. senang..
![]() |
| JPJ kini di hujung jari.. :) |
![]() |
| Pegang sendiri.. tapi tak smpai seminit.. |
Monday, January 7, 2013
Slipped disc? Pt II
Salam kengkawan,
Sorry la lambat bebeno sambung citer Slipped disc nie.. asek duk merepek-repek citer lain aje...
Sebelum start nak merepek lagi.. Lega kepala, rambut dah touch-up, 4 beranak dah potong rambut.. takde lagi Farissa terkipas-kipas rambut dia tu...lega mata juger..
Lepas ni nak kena displin buat scalp treatment every month coz takut botak la pulak. Hair dresser yang I selalu pergi tu pun kata rambut I dah banyak kalau nak banding 2-3 tahun lepas.. Last year pergi salon dia sekali je setahun.. punya la malas.. Kena rajinkan diri lepas nie..
Elok plak time treatment, perut lapar giler.. sampai gigil-gigil. Nampak gambar make-up comel-comel dalam magazine pun kecur.. Ntah apa-apa si gemok nie.. Habis je treatment, laju-laju ke Jusco Equine nak makan claypot chicken rice.. Layan betul.. melampau si gemok nie.. Tengok diri sendiri kat cermin salon tadi, rasa nak tampar-tampar diri sendiri.. Dagu macam ada tiga dah.. hahaha.. rase nak pecahkan aje cermin tu... Kena diet.. diet.. diet.. -__-
Ok kita sambung citer Slipped disc? ea...
Lepas di diagnosed dengan slipped disc tu, I cepat-cepat tanya doktor tu, berapa kos surgery, nama surgery.. segala la.. Doktor tak sempat nak jawab, soalan bertubi-tubi kluar dari mulut I.. Before pergi tu, I dah google-google macam-macam tentang slipped disc..
Dia quoted surgery from 20K-25K. Jaw dropped jugak la dengar.. Doktor tu tak memaksa-maksa suh buat dan-dan tu jugak.. Dia suruh fikir dulu.. and bagi ubat tahan sakit...
Bila balik tu, kami start bincang.. Hubs suggested pergi Hospital Selayang for second opinion sebab specialist tulang kt situ relative colleague dia.. So pergi la situ lepas hubs sms doktor tu..
Kitorang sampai lambat. Tahu je la gomen.. Rasa dah nak pitam.. Nak-nak nurse main passing-passing kaunter plak.. Pergi kaunter sini, disuruh pergi kaunter sana.. lepas tu duk buat muka musykil, takde reference letter la.. takde appointment la.. Memang I dah gave up time tu.. Dah le sakit.. Mabuk tgk macam-macam ragam orang sakit kt situ..
Tapi kitorang tunggu la jugak.. lepas tu bila I tengok dia susun I nye kad belakang-belakang, rasa dah hilang semangat je. Tiba-tiba sorang nurse tu approach I politely tanye nak jumpa doktor apa semua.. Then dia masuk dalam maybe gi cakap kt doktor tu.. Lima minit lepas tu dia keluar balik, then dia suruh I masuk.. Rasa lega yang amat...
So berjumpa la dengan Doktor Sidek.. Sangat-sangat friendly.. Dia belek-belek MRI yang I bawak then suruh I baring. Buat test yang ketuk-ketuk kaki nak tengok kaki still ok ke tak.. Banyak jugak soalan yang ditanye before he conclude his diagnosis.. and yes, he also suggested for surgery. Too bad, Hospital Selayang only specialized kat Sport Surgery aje.. So he suggested HKL or Sungai Buloh..kat situ ada pakar slipped disc..
He even prescribed ubat and vitamin yang sangat banyak and it's free. Jakun sikit I sebab tak payah bayar. Siap tanye dua kali kt nurse yang jaga ubat tu..haha.. So balik rumah and bincang lagi..
Dalam pada tu, my BIL suggested me to go to chiropactor kat Bangsar Village.. so I pun pergi la..The practitioner tu pun tengok gak MRI I.. and cakap memang teruk and dia tak guarantee bole baik dengan kaedah urut-urut nie.. serius nasib baik I pergi toilet kencing dulu before treatment. Dah la dua-dua lelaki.. sorang tarik kepala, sorang tarik kaki okeh... berderap-derap bunyik tulang.. Lega sikit rasa sakit.. tapi kejap je la.. Satu sesi RM120.. dia suh datang dalam 8 sesi.. pengsan~ Satu sesi pon I tak tahan dah...
Bila start tak leh nak tidur malam sebab sakit, I start google lagi.. coz ramai gak yang bagitau feedback negative lepas surgery slipped disc. Ngeri la pulak.. So I opted to go to UMSC plak..
As usual jalan nak gi sana jam giler..Sampai-sampai sana. .elok plak GL yang company I provided tu silap tulis nama hospital.. so nama diorang nak bagi I naik check up takde nya... kena la tunggu HR I fax yang baru, baru dapat jumpa doktor.. tu la tak bestnya private wing nie.. Tapi okey lagi CA.. kalau dah teruk sangat, dia akan check u dulu.. takde la sebok dok tanye duit dulu...
Jumpa la one specialist nie.. Lepas dia duk belek one of the MRI film tu terus conclude.. and lukis.. kena pasang besi, 4 skru etc.. lepas tu separuh tulang kena buang and ganti besi..mak aihhh.. siap cakap doktor CA silap diagnosed.. panic la I.. dah lain plak citer dia.. Lepas tu doktor bagitau.. the surgery tu ade 4 procedures dalam satu surgery.. aje ngeri dengo.. belum apa-apa dah quote max 35K untuk surgery. Kesan pasang skru tu, I nye movement akan limited la.. dah kata ada skru kat belakang kan?
Terus doktor nak fix kan date surgery. And surgery tu kena buat malam since private wing kan..I fixed gak la date tu eventho rasa mcm was-was.. sebab dah sakit. Sape yang kena slipped disc akan rasa apa yang I rasa.. rasa nak cepat je baik.. tak tahan nak tanggung sakit tu..
Turun utk settlekan payment.. belum apa-apa nurse kat bahagian payment dah tanye nanti surgery nak pakai insurans mana semua.. terus call ok dia..meluat plak I.. Harga consultation doktor without any medication dah RM200. Nasib baik gak ade GL company..
Lepas tu balik rumah, I fikir-fikir lagi.. baik buruk sumer.. ye la nie utk long term kan.. fikir punya fikir.. I pergi balik CA, bawak kertas yang doktor UMSC tu conteng-conteng then explain balik kt Doktor tu.. Yang I suka kat Dr Kamal nie.. dia calm orang nya.. tak melatah.. senang je jawab dia.. U bukannya tua sangat nak pasang-pasang skru nie..
Banyak gak menda yang I tanye nak clarify.. betul ke kalau lepas surgery kaki kecik sebelah? Lumpuh.. Doktor pernah buat berapa surgery yang sama? Ade hidden cost tak.. segala la.. Pun I takleh decide walaupun date kat UMSC dah fixed..
Doktor suh balik fikir dulu.. and dia siap cakap dia tak paksa...Bagus tul doktor nie..
Lepas dah habis fikir, hati memang dekat je nak buat kt CA.. terus call CA bagitau.. Petang tu, Doktor Kamal sendiri call I nak re-confirm and fix date.So, esoknya pergi terus confirm date on 28/11.
To be continued...

Sunday, January 6, 2013
Last Day Rehat Di Rumah...
Wah.. dah masuk Sunday.. lepas tu Monday kerja.... aaaa... malas.. Terasa best plak duk rumah... Nak jadi housewife la.. tapi budget lom cukup lagiiii....huuuu...
Misi mencari samping merah Faruq berjaya.. Alhamdulillah nasib baik ada jual yang ready made punya. Beli kat satu kedai baju sekolah besar kat area Bangi.. Dekat Warta Bangi pun ada jual jugak...
Tengah nak meng-adjust balik time tidur.. tatau la bangun ke tidak on Monday nie.. huh! Anak beranak tak tidur lagi.. Me dengan hubs on laptop, Faruq and Farissa dua-dua duk main Iphone.. Zaman sekarang..
OKlah.. sat g nk tidur dah.. kepala macam pening-pening plak. Terlebih tidur ke tak cukup tidur ntah..

Saturday, January 5, 2013
Sudah 2 tahun...
So I start kat situ 3 January 2011 as Documentor. Kerja ala-ala Technical Writer gak la. .Since before that, I dah kerja as Production Editor kat WK for almost 5 years, dah start rasa boring. Being a documentor agak bz time tu coz baru nak define formatting for Online Help and User manuals for client's portal.
Since HTP punye client is govt, so banyak writings in BM. So a bit different la from previous job. But HTP terlampau banyak sangat politik membuatkan I rimas.. and I started googling Jobstreet again sepanjang 2011 tu and dapat gak a few jobs offer, but I kena declined coz time tu hubs ada ura-ura nak migrate oversea tapi tak jadi...
After one year kat HTP, I memang dah bosan to the max. During assessment, I told my boss, I memang nak resign coz dah bosan.. And also because macam takde progress dalam my work environment. I really need changes in my work life..Mula-mula boss macam tarik tali jugak.. at last she offered me to be Lead Trainer. Mula-mula macam takot gak.. lead trainer? Aku nak cakap kt depan pun gigil kot..Fikir dalam-dalam lepas tu I decided to accept the offer. Bila lagi nak berubah ke arah kebaikan? And bila tgk team trainer yang tak berapa nak terbela.. I accept the offer.
I am a bit strict coz for me discipline is the first thing yang kena ada dalam diri kita untuk berjaya. Working with a group of fresh grad trainers agak pening jugak. Budak-budak baru habis belajar, of coz banyak nak kena tunjuk ajar. But, I just go with the flow. Apa yang boss suruh, I buat sedaya upaya.
Ada gak suara-suara sumbang yang mengata kat belakang I. Mengata I pandai bodek boss tu yang boleh terus jadi Lead Trainer. I diamkan aje.. bagi I, if u want to succeed in apa bidang sekali pun, u kena usaha.. tunjukkan kemampuan diri you.. tak perlu nak bodek-bodek.. kena ikhlas..kena jujur...yang penting niat tu kena betul.. baru la every cent u earned rase berbaloi sangat-sangat. Lagi satu, duit gaji tu nak bagi makan kat anak-anak.. If source nya tak betul.. tak betul la endingnya nanti...
As a trainer, I memang travel nationwide ajar users guna sistem baru. Memang pengalaman baru coz for the past 6 years, duk terperuk je kat office. Challenging coz users pun macam-macam karenah. But, I rasa seronok. But of coz, Faruq, Farissa and hubs kena la tinggal. Tu la orang kata, kita takkan dapat semua yang kita nak dalam hidup. Tapi I try to juggle jugak. Nasib baik hubs jenis yang understanding. Faham, I pun nak rasa achieve some goal dalam kerjaya.. Coz ada masa, dia pun travel jugak.
| Sesi training kat Akademi Melaka pic credit to pandumolek |
| Bilik training |
| Training kat Kuching |
Friday, January 4, 2013
Menu dinner malam nie...
Hari nie terlebih rajin.. Teringin nak makan lontong.. so masak la kita...
Petang lagi dah start rebus nasi himpit.. Macam berderai sket nasik himpit tu...Resepi saya ambik kat Ana Suzana...
Terbanyak la plak masak..nak bagi jiran, nasi impit macam tak berapa nak elok rupa dia.. malu la pulok..
Tadi lapo beria.. Dah siap, makan sikit je... muak sebab santan kot...
Puas sebab dapat masak sendiri.. dan rasa dia boleh tahan... and yang bestnya Faruq makan.. Alhamdulillah... :)
Dulu dan sekarang
Salam peeps!!
Tiba-tiba macam semangat la pulak nak update blog. Tiap-tiap hari pun semangat, tapi dalam mimpi je la kot..berangan kononnya update.. siap rangka-rangka ayat dalam kepala.. tapi nan ado...
Ok la stop mengarut, kita kembali ke tajuk utama... Dulu dan sekarang.. (apahal siap bold nie?)
Kalau dulu-dulu, I suka tengok tv series. Bermula dengan Friends, lepas tu melarat-larat. I lagi suka tengok yang kelakar ataupun cam cinta-cinta. Cerita yang berat-berat memang malas nak tengok. Buat stress otak jekk...
![]() |
| Tak payah nak berat-berat kepala fikir.. |
Lama-lama timbul rasa boring nak tengok.. lepas beberapa season, duk rotate bercinta dengan kawan masing-masing.. macam Grey's Anatomy tu.. dah tak se-excited dulu nak tengok.. ke I yang dah tua.. hahaha...
Bila start cuti MC sebulan, tengok la jugak tv, tapi ada satu minggu tu Astro rosak.. so tak bukak pon tv.. Lepas tu start la tengok drama online la pulak..
Bermula dengan Adam dan Hawa, now dah tak berapa nak tengok coz rimas banyak beno flashbacks.. kira macam satu hari tu tengok untuk seminggu nye episodes.. To be honest novel dia, tak berapa nak best dibaca, tapi hasil garapan drama tu berjaya.. Aaron Aziz memang pandai la bawak watak macam tu dgn Nadya Nisaa yang natural.. Yang berlakon jadi adik Ain tu mcm over la plak termasuk kawan dia tu.. rimas mata tengok..
![]() |
| Gambar google.. |
Yang memang follow drama Trilogi Cinta.. Sebab ditayangkan kt TV1 tu, kurang sket sambutan dia.. cuma Rosyam Nor memang berjaya buat watak-watak dalam novel ni hidup. Actually Trilogi Cinta ni consists of 2 novel sekali.. Yang first tu Yang Indah Hanya Mimpi dengan Trilogi Cinta. Novel ni memang best. Baca tak jemu.. and drama dia pon sangat hidup. Cuma kurang sambutan jek..
Masa Trilogi Cinta 1 tu, I dapat tau pun time tu dah abis dah episodes kat TV. So google-google, jumpa kat youtube. Walaupun tak penuh, tapi still layan.. Sebab tu bila start Trilogi Cinta 2, I memang tunggu-tunggu.
Dan yang I paling suka sangat and I'm in love dengan semua pelakon-pelakon is Duri... serius best. .tak perlu nak buat sampai 60 episodes.. hanya 15 episodes and next Monday last episode dah pun.. Tak perlu nak bercakap banyak..Cukup dengan memek muka, cara they all berlakon.. drama nie sampai ke hati... and congratz to the director sebab berjaya 'menjiwai' novel ni 100%.
To be honest, novel Duri nie a bit boring, but drama dia betul-betul menjadi. Eventho ramai pelakon baru yang berlakon like Shera Aiyob, Afiq Muiz and Izzue Islam.. tapi semua berjaya melakonkan dengan baik sekali. Sebelum nie, tak pernah notice Shera Aiyob berlakon, tak sangka dia gifted juga..
Tak sabar nak tengok final episod dia...
Lepas habis Duri nie, for sure dah takde masa nak follow any series melayu lagi.. Dah start keje kan.. sure bz habis... hmmm...
Sepanjang MC sebulan lebih...
Hari ni last day MC. Kejapnya rasa. Kelip-kelip mata je dah sebulan lebih..Dulu sebelum operation rasa macam.. apa la yang aku nak buat cuti sebulan... tengok-tengok.. eh dah sebulan?
So, apa aktiviti yang dah buat? Mission accomplished tak? Dah baik tak? Alhamdulillah.. getting better.. The wound completely heals.. sakit-sakit yang dulu tu semua dah takde.. Hilang bagaikan terjaga dari mimpi ngeri.. Ewah.. Aktiviti takde apa sangat.. takkan nk berjogging bagai kan? Kata sakit.. First 2 weeks, memang rehat je banyak, tak berani nak renyah sebab sorang-sorang kat rumah kan?
Dalam sakit-sakit tu, pergi jugak adik hubs kawin.. satu-satunya adik pompuan dia. Mula-mula hubs tak berapa nak pergi since dia tak berapa nk approve relationship diorang, but dah jodoh kan? Siapa la kita nak menghalangnya.. so pergi la kejap...
![]() |
| pic credit to Kak Ai |
![]() |
| Souvenir Shop PSN |
| Farissa yang nk berdukung sepanjang masa.. |
Kami stay kat Hang Tuah Heritage Hotel. Beli package 3 hari 2 malam kat livingsocial.com. Boleh la kalau nak stay kejap-kejap.
![]() |
| Gambo dari Google.. |
| Gambar dari Google.. |
| Faruq yang teruja.. |
Esoknya kami naik River Cruise, mula-mula nak naik malam, tapi ramainya manusia.. tak larat nak beratur bagai. Dari Dataran Pahlawan, kitorang menapak nak pergi ke River Cruise sebab orang kat situ cakap dekat.. Sekali jauhhh sangat.. So naik beca lampu-lampu kita... 4 orang satu beca campur stroller Farissa, mengah gak Abang Beca tu kayuh..
| Google juga.. |
Mula-mula panjang gak barisan nak beratur tu.. tapi nasib baik group yang depan kitorang tu ramai sangat, so tak muat they all nak naik satu cruise, they all bagi kitorang dulu...bagus.. hahaha...
| Gambar mereka je yang ada.. |
Lepas tu kami pergi ke Coral Wonderland. Kat dalam Hatten Square kalau tak silap.. Best gak sebab tak ramai.. ye la mahal kot nak masuk.. tapi puas coz kita dapat pegang sendiri ikan jerung, ikan buntal, tapak sulaiman, kura-kura, ada belangkas laut lagi.. macam-macam benda pelik yang tak pernah jumpa.. Lagi puas jalan dari kat Aquaria tu...
| Sejenis belut.. |
| Bersanding di lautan.. ewahh! |
La ni tengah pening gak, nak cari sampin kaler merah si Faruq nie.. esok je la cari.. Dah beli kasut putih... kena pakai kasut itam plak... sabor je la cikgu ni..
| Surat pengawas.. |
Tengah duk masak nasi himpit kat dapur tu.. teringin nak makan lontong.. ntah jadi ntah tidak.. hmmm kita nantikan...
Babai kawan-kawan... Jumpa di lain entry...





























