Tak sangka today dah masuk 35 weeks... Perasaan berbaur2.. tak sabar, happy sangat2 dan takut juger..
Oh ya lupa nk update, my hemoglobin level keeps decreasing pulak!! Last week CA called me to take other medication. And sekarang saya adalah pesakit anaemia ..huhuhu.. Padan la, my level of tiredness this time sangat2 teruk... And I face some symptoms that matched anaemia too. Fatigue, breathlessness, paleness, ade satu tu mcm boleh nampak cahaya2 apabenda tah..that comfirms everything.
Lagi satu saya memang tak suka sgt daging lembu.. tu pun tiba2 jadi punca.. ye .. skarang makan juger.. sbb takmo baby apa2. The problem is, baby takde effect coz she takes sufficient iron from my body. Yang suffer mama nya.. Takpe la..as long as baby sihat.
My baby is currently 2.4kg, dari 3d scan nampak tembam sangat2. Hopefully anaemia nie akan hilang lepas saya deliver nanti..
Nasib baik kerja saya duduk je..tapi rase penat dia ya rabbi...semalam i spend more time baring2 saje..tu pun petang rase mcm dh pergi marathon penatnya..hish..
Monday, March 15, 2010
35 weeks!! :)
Baby's preparation - part 1
Happy Monday everyone!!..
Sangat excited nak bercerita tentang baby's preparation..tapi asyik la lupa nk bwk camera to office. Hish...
Banyak jugak kan barang nak disediakan eventhough 2nd baby. Ye la gap antara Faruq dgn 2nd one nie around 5years.. Byk items yg dh giveaway dgn dh buruk sgt. A few items dh keluarkan dari stor.. Ade yg ok ade yang tidak.. ade gak yang yang tak jumpa. Ntah mana-mana letak. So banyak la jugak yg kena beli baru.
Few items yang dh beli, yang paling penting dah tentu set bersalin. I opted for Nona Roguy this time. Lepas baca a lot of positive feedback dr forums, webs etc, jadi saya pun membeli Set Nona Roguy. Eventhough saya bukanlah member, dapat juger price RM310 free postage. Ok lah kan? Beli jugak sabun Evolle (betul ke spelling?) nak mencantikkan balik kulit2 ku yang dh kusam nie..huhuhu.. Ni beli kt wmc.
Lagi satu yang penting adalah breast pump. Yang nie I beli online dari littlewhizz.com. Service sgt bagus. Saya suka. Saya beli spectra 3. Hajat hati memang nk fully breastfeed. Tapi kalau boleh nk bagi dari bottle la.. coz saya bekerja kan? Nanti siang2 baby nangis nk nenen kang susah.. so nak train baby dr lahir guna bottle. Ok tak idea tu?
Lagi barang, er.. slim patch ke apa tah... yang nie dah beli lama..tapi tak guna..sebab macam beli je dah preggie. Kata chinese tu elok utk stretchmark semua..and after birth..Kita tgk nanti..ni beli kat lowyat.net.Yang nie memang dah lama aim.. heheh..sama je dgn Mr hubs..kontroversi gak pasal menda nie.. sebab nak cari best bargain kan? Mula2 ingat nk beli yang used item, tengok price lebih kurang je dengan yang baru. So duk compare-compare dgn Jusco, Parkson, Metro segala. Masa CNY sale, memang murah RM280 kat Jusco. Tak beli coz kononnya nk tunggu Baby Fair Jusco. Sekali time baby fair naik balik jadi RM320 camtu kot. Normal price dia RM349.90. Geram betul. Ingat nk beli je kt littlewhizz.com around RM314.90 kalau tak silap. Tiba2 Tesco lak buat Baby Fair. Tak expect pun menda tu ade jual kt sini. Murah!! RM290. Terus hangkut..
Tara!! Fisher-Price Portable Newborn to Toddler Rocker. Menda nie boleh jadik kerusi lah for toddler. Boleh pakai lama la..
Ni pulak daun-daun utk rebus for mandi. Pakcik kt pasar malam siap bagi free gift daun apa tah. Elok katanya buat minum. Lupa nama dia. Susah nk cari daun tu.
Lagi satu minyak gamat. Berguna jugak kan nanti? Boleh jugak sapu2 kat tempat alahan masa preggie nie.. Kulit saya jadi extra sensitif. So time pantang, boleh la lumur satu badan. Heheh.. yang nie kawan belikan dari Langkawi. Baju-baju baby pun banyak jugak dah beli. Ade yang pakai Faruq punya. Elok lagi. Barut baby, bengkung mama baby pun dah ade..
Ada banyak lagi barang yang dah beli.. akan diceritakan next update. :)
Friday, March 12, 2010
Kenapa mesti dia?
Dia tak pernah kacau sesiapa. Dia setia menungguku pulang dari kerja. Walaupun kadang-kadang terlambat dia mesti datang. Tungguku membuka balang makanannya, dan memberikannya dan kawan-kawan lain penyambung nyawa mereka. Makanan dah minuman.
Namun begitu dia sedikit liar. Jangan harap nk usap-usap atau pegang -pegang kepala dia. Garang. Asyik tunjukkan gigi sambil mendesis. Dia pernah beranak dua kali. Dua-dua tiada siapa menyedari bila masa dia bunting. Tiba-tiba ada anak. Anak yg pertama dua ekor. Mungkin sebab dia kecil lagi. Belum pun cecah setahun dah beranak. Kedua-duanya mati. Tadi aku membelek2 gambar di dalam memori telefon bimbit. Kalau ikut perkiraan, ya.. memang belum setahun. Tiba-tiba terjumpa dua ekor anak kucing lagi. Rupanya dia beranak lagi. Puas disorok anak-anaknya. Tak mahu aku memegangnya.
Balik dari kerja, memang aku yang ditunggu. Dia akan masuk ke dalam rumah dan duduk di depan pintu. Merenung ku yang duduk berehat, melepas lelah membawa kandungan yang mencecah 9 bulan. Bila aku bertanya, "Buh, mana anak kau?" Dia hanya mengelip2kan mata. Comel. Bila didekat dia lari. Pernah sekali, aku cuba mengurungnya di dalam sangkar. Bagai nak gila dia. Seperti bertukar menjadi harimau.
Malam tadi, seperti biasa dia menungguku pulang dari kerja. Tetapi dia agak terlewat. Baru aku perasan sekarang dia sudah mengalah dengan kucing-kucing yang lain. Tidak lagi berebut makan. Dia makan paling akhir. Mengisi perut utk menyusukan anak-anak yang dia sorokkan.
Sempat aku memberi kucing-kucing itu ikan bilis dan ikan goreng yang telah keras dalam peti sejuk. Dia makan juga sedikit. Jam 12 semasa aku naik ke atas, dia ada lagi di dalam rumah. Seperti biasa di depan pintu.
Aku tak pernah menjangka benda buruk akan berlaku kepada dia. Dia survivor. Hidup sendirian tanpa emaknya. Dia membesar di mataku.
Dalam jam dua pagi, aku terjaga mendengar pintu rumah dibuka tergesa-gesa. Ingatkan tiada apa berlaku. Suamiku naik dan memberitahu, "Yang, Buh kena makan anjing." Terus mataku terbuka. "Bukan dia tu. Mesti kucing lain." "Saya nampak kuning coklat tu, dia. Muka tak nampak. Dengar tak bunyi anjing?" Memang tadi aku tidur agak nyenyak kepenatan. Langsung tak dengar apa-apa.
Sampai siang aku tak lena tidur. Bangun-bangun cepat-cepat ke belakang rumah. Suamiku menceritakan ade lebih kurang 10 ekor anjing melompat ke rumah jiran sebelah di mana Buh berada. Menggigit dan mengheretnya ke padang belakang rumah.
Aku juga dapat melihat objek seperti dia di kelilingi oelh burung gagak yang sedang enak meratah juadah hidangan iaitu dia. Apalah daya perempuan yang sedang mengandung ini. Ikutkan hati mahu saja aku meratap meraung dan mengambilnya dari gagak-gagak itu. Pilu rasa hatiku sampai sekarang. Tak sanggup rasa nak balik ke rumah hari ini. Tiada lagi peneman setia. Hampir setahun dia menemani aku. Walaupun tak manja, tapi cukup menggembirakan hatiku selama ini.
Semoga Tuhan merahmati rohnya. Akan ku cari anak-anaknya nanti. Harap-harap tak menjadi bahan ratahan anjing liar itu. Tapi kenapa mesti dia?
Semasa kecil
Buh gambar close-up
Anak-anak kedua (gemuk kan? Geram)
Gambar terkini. Sebulan sebelum hari ini. Hari kematiannya.
Thursday, March 11, 2010
Jahat!
Hp saya out of battery tadi.. jadinya terpaksa email kt Mr Hubs nk inform.
Email saya
Subject: Hp abis bateri.
Content: Nan ado.. :D.. Yang ade siggy saya saje... (malas)
Reply from hubs
Subject: Ayang (amboi!)
Content: Ok yang. nanti nak sampai aye call ayang. email opis aye problem. takleh send plak. nak balik kol berapa?
Reply dari saya
Subject: Re: Ayang
Content: Sukati ayang la..kaki aye dh bengkak teruk nie.. tiba2 selipar ketat…7 ke smpai sini..
Reply dari hubs
Subject: Re: Ayang
Content: ok. la bengkak tetiba je. jgnla jalan sgt ye.
Reply dari saya
Subject: Re: Ayang
Content:Ok nanti aye merangkak.. :D
Jahat kan? :P
Tuesday, March 9, 2010
Ditag by Diana.. :)
1) You have to print screen wallpaper that you are using right now.2) Tell us why you like the wallpaper
-Muka Faruq poyo sgt..mcm.. (Ko apahal??) :P
3) Tag 10 people..
-Tatau nk tag sape..sbb sumer org pun dh buat jek.. :D
Baby's preparation
Dah lama nk cerita tentang preparation.. what I have bought all. Tak sempat2.. dh snap pics lagi konon2 bersungguh nk blog about that...
Cable camera pulak tak bawak.. malam nie la..lps Biggest Loser Asia.. tak sabar nk tunggu result dia... finale dh ye kwn2.. :)
Checkup semalam..
Yesterday, Mr hubs fetched me at 3pm sbb check-up pukul 3.30pm, so tepat2 sampai 3.30pm.
Register segala, then timbang, amik BP. Wupss.. I gain another 3kg..tp Mr hubs pun komen..tang mana yg naik..sbb my leg/hands takde pun water retention..plus I dun eat too much..makan ikut time kekdahnya..
Jumpa Dr Raja, she told me its just fluid retention slalunya kat tummy, yep my tummy is bigger and bigger each day...semua ingat dh nk beranak dh..eventho I have another 1 month plus to my EDD. Kepala baby pun tak engaged ke bawah lagi..everything normal..etc etc..
Kena ambik blood sikit to test my hemoglobin level ..nasib baik kt hujung jari sahaja..
Balik dari check-up, kami ke Mydear sale lagi..dah kata dekat rumah..harus ulang2 pergi..nak cari baby car seat pulak. Mr hubs dh teruja nk beli stroller pulak.. tapi tak jadi.. belikan Faruq pirate ship..ye la takut dia jealous pulak asyik beli brg2 baby kan?
We fetched Faruq after that..nak pergi makan pulak..dan2 hujan lebat pulak.. Kami ke Bdr Puteri balik..pergi restoran apa tah...food so so la..
Balik je rumah..suka hati tgk laundry all done by Mr hubs, siap dia jemur tilam and basuh cadar Faruq semua. Suka la saya.. Katil kt bawah pun dh ubah position just for me and baby nanti..tp skarang dia conquer lah since blum deliver kan? Pinggan dh berbasuh.. happy mak.. :D
Malam pulak since takde cerita, I kemas la bilik baju yg bersepah2.. Those baju yg penyangkut dia patah that day, I masukkan dlm plastic hitam.. so bilik pun dah berkemas.. baju dalam pantang pun dh siap bawak turun bawah..stokin..sliper dlm rumah segala lah...tinggal nk beranak je...
Oh ye..ade berita buruk juger.. Apka tu tade pulak part-time maid..haih tatau la mcm mana? Survive sendiri kot... sedih.. :(






