Friday, April 9, 2010

Siapa kata suami tak sayang..

Sejak dari akhir pregnancy, I feel like Mr hubs dah tak sayang saya. Bengong kan? Blame it to my hormones. Sampai la skarang nie. Terasa macam beban lagi. Mana dia nk uruskan saya, bb pink, bb Faruq (eh baby lagi keww?) dgn kucing2 lagi.

Dalam hati nie, ade je setan yang merasuk. Bisik yang Mr hubs tak ikhlas, terpaksa bla bla bla. Nak-nak skarang tgh dalam keadaan tak suci lagi kan? At first I got carried away. Tiap malam, dalam 2-3 days before my EDD tu, menangis macam ntah apa-apa. Bila Mr hubs tinggi suara sikit kt Faruq, mula la tersentuh hati. Rase macam oh takpe..saya boleh je jaga anak-anak saya tanpa awak. Kononnya lah kan?

Ish panjang lak intro.. Ceritanya begini..

Lately nie kan cuaca panas yang semacam. Malam pun dah hilang kedinginannya, walaupun baru lepas hujan. Saya dan bb pink memang tidur di bawah. Belum berani nak naik turun tangga. Kulit saya dgn si bb pink pun dah melelas sebab asyik berpeluh. Sweater kemana apa ke mana.

Malam pertama si bb pink balik dari hospital, tak cukup tidur dibuatnya. Mana nk bagi susu badan. Time tu my breasts engorged like hell. Sakit betul bila si bb pink menggigit. Ended up saya terpaksa pam susu yang nan ado nie. Dan top-up dgn formula juger.. Paed told me once bb being exposed to photo therapy, he/she can easily hungry and need more milk. Susu saya pam tak smpai pun 1oz. She easily get cranky kalau tak cukup susu. Tolong la saya nk fully breaastfeed nie..

So back to the story again, pagi esoknya, apa lagi kepala saya berdengung macam apa. Mata tak boleh buka. Mintak panadol kat mr hubs. Dapat lelap 1-2 hours after mr hubs off to office, and bb pink pun tido time tu, rase lega sikit.

Malam tu, mr hubs bawak bb pink tidur kat atas dgn dia n Faruq. Ade air-cond. I told him, she will wake up few times.. dah la esoknya dia nk kerja kan? Sian.. tapi he managed to jaga her. Sayang hubby ku.

So malam semalam, Mr hubs ajak saya tidur sekali kat atas. So naik la saya perlahan2. Hasilnya sampai je atas, rase semacam kt perut. Lepas sapu ginger cream, baru lega sket. Saya tak dpt nk berbengkung. Kulit perut pun melelas dan ruam sana sini. Kering sangat2. Lepas pakai krim barut nona roguy. Jadi gatal bukan main. Saya cuma pakai panty girdle yang lembut2 je. Tempat jahitan rase dh okay, tapi still phobia kan?

We took turns jaga si bb pink. Mana taknya, tiap 2-3 jam bangun nak susu. Lambat sikit mengamuk anak dara saya nie. Bila dah nak subuh tu, memang saya yang jaga dia, sebab Mr hubs dah tak larat bukak mata.

Kejap je dah reach 7 am. Kejut Mr hubs pun dia tak jaga. Dah nk dekat pukul 8 baru dia larat nak bangun. Time tu saya pulak dah tak larat bukak mata. Cuma dengar dia cakap, "Saya mandikan baby eh yang." Dalam ngantuk2 sempat saya tanye Faruq dah mandi ke belum, baju dah gosok ke belum. Mr hubs onkan air-cond so saya boleh tidur lena. Terasa jugak dia betulkan stoking yang dah terlondeh dan selimutkan saya. Lagila bertambah nyenyak saya.

Lepas mandikan bb pink dgn Faruq, dia pulak siap2 pergi kerja. Time tu rasenya dah 9 lebih. Dia kejutkan saya dan pimpin saya turun. Kemas itu ini.. Kesian dia.. dah la nk pergi kerja.
Si bb pink nie, orang dah bangun, dia tidur nyenyak.. geram.. sebab tu saya boleh menaip entry nie ha.

Barulah saya tahu, Mr hubs sayang kt saya. He's not the verbally type of person, but I know deep down inside his heart, he really loves me and the kids no matter what. Belum tgk lagi dia mandikan si bb pink. Kemain detail, lamanya. Sampai terjerit2 si kecik tu.

Saya sayang awak jugak dearest. Lepas nie takmo emo-emo dah. Till death do us apart. Amin.


Wednesday, April 7, 2010

Bila post natal depression terjadi..


ZAHIRUL Imran Hamidon (baring) dan Mohd Hazim Irshad dirawat di Hospital Batu Pahat selepas menerima beberapa jahitan akibat cedera ditikam dengan gunting oleh ibu mereka di Bandar Putra Indah, Tongkang Pechah, awal pagi semalam.
BATU PAHAT: Dua beradik lelaki cedera ditikam ibu mereka yang dalam pantang dengan sebilah gunting ketika mangsa sedang nyenyak tidur di rumah mereka di Bandar Putra Indah, Tongkang Pechah di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, ibu kanak-kanak berkenaan yang dipercayai mengalami tekanan mental, dikatakan memasuki bilik tidur mangsa sebelum menikam belakang badan Zahirul Imran Hamidon, 10, dan Mohd Hazim Irshad, 8, manakala seorang lagi anaknya berusia enam tahun tidak dicederakan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata ketika kejadian bapa kanak-kanak itu – seorang jurutera berusia 40 tahun, juga sedang tidur dan terkejut apabila mendengar jeritan serta tangisan anaknya.

Beliau berkata, bapa mangsa meluru ke bilik anaknya dan mendapati isterinya yang berusia 39 tahun sedang memegang gunting.

Ibrahim berkata, selepas menenangkan isterinya, jurutera itu kemudian menelefon polis bagi mendapatkan bantuan.

Dua beradik itu dikejarkan ke Hospital Batu Pahat (HBP) dan menerima beberapa jahitan, manakala ibu mereka ditahan dan kini ditempatkan di Wad Psikatri HBP.

Ibrahim berkata, siasatan mendapati suri rumah itu mengalami tekanan mental dan pernah beberapa kali cuba membunuh diri, tahun lalu.
"Suspek baru melahirkan anak kelimanya, kira-kira dua minggu lalu, iaitu satu-satunya bayi perempuan dalam keluarga itu, tetapi bayi berkenaan mengalami Sindrom Down. Seminggu lalu pula, bapanya meninggal dunia,” katanya ketika melawat dua beradik itu di Wad Kanak-Kanak HBP di sini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata.

Sementara itu, ibu saudara mangsa, Hamidah Amin, 46, berkata beliau bergegas ke hospital apabila diberitahu adiknya mengenai kejadian itu.

"Saya tidak menjangka kejadian seperti ini akan menimpa keluarga adik saya, terutama anak-anaknya. Adik saya pernah membawa isterinya menjalani beberapa rawatan bagi menangani masalah tekanan yang dihadapi.

"Saya ingat keadaan sudah pulih apatah lagi selepas rawatan itu, isterinya hamil dan baru melahirkan anak perempuan pada 26 Mac lalu. Saya tidak pasti sama ada kelahiran itu dan kematian ayahnya 31 Mac lalu, menjadikannya tertekan kembali," katanya.

Hamidah berkata, pasangan itu mempunyai lima anak – empat lelaki dan seorang perempuan, tetapi anak sulung yang berusia 13 tahun tinggal di asrama penuh.
Pic and news creditted to Berita Harian online

Bahaya jugak kan post natal depression nie? Doa2 la semoga segalanya selamat untuk saya dan coonfinement mummies yang lain. Ni first time jaga sendiri2. Harap semuanya ok..Thanks to all the support ya kawan2.. :)

Tuesday, April 6, 2010

Baru bernama

Si baby pink saya baru saje bernama.. macam mana la nk bagi nama... Semalam dia baru je discharged dari CA. Rase nk muntah dah pergi CA hospital. Nasib baik la CA.. kalau hospital biasa macam mana la agaknya.. Berulang sebab nk breastfeed tapi susu saya still sikit. Nurse kena top-up dgn formula. Sekarang mmg tgh usaha. Pam setiap satu jam. Any idea nak bykkan susu? Kalau boleh takmo la bagi formula.

Saya panggil si kecik nie baby pink..sebab kulit dia mmg merah pink2 tu beza dgn Faruq dulu...and she's quite small compared to Faruq.

OK sambung cerita, so pagi tadi kami (me, hubs and si pinky tu pergi ke CA lagi for checkup. Me checkup dgn gynae, bb pink checkup dgn paed dia..) So far all dh ok.. Alhamdulillah..but ade sikit infection doctor kata kt tut tuh.. ngeri nk cuci tu still ade...

Lepas tu Mr hubs hantar kami balik.. then pegi la meregister nama si bb pink kt Puchong Utama..

Pegi check-up, nurse2 panggil baby of Rosniza je..sian dia...


Introducing.. FARISSA RISYQA MOHD FAIZAL.. :)

Saturday, April 3, 2010

Dah selamat..

Alhamdulillah saya dh selamat melahirkan baby girl pada 30/3/10 pada 10.58pm. Berat baby 3.09kg. Tapi skarang baby kena admit balik sebab jaundice..Sedih...sob sob.. Doakan si kecik saya ya..tadi jaundice level dia still sama.. :(

Tak dapat nk imagine jika berpantang tanpa baby di sisi.. :(

Introducing my 2nd bundle of joy... nama pun tak sempat nk decide lagi..so takleh nk announce lagi..


Wednesday, March 24, 2010

Menunggu hari

Last Monday, saya pergi checkup. Dh dilate 1-2cm, dr cakap.. Sakit okeh kena jolok2 pakai jari tu...huhuhu... Doc cakap kalau nk induce pun blh..but since dat day hospital sgt la ramai org bersalin so..tak jadi la..takut takde bilik...

Doctor cakap the earliest dalam 1-2 hari.. paling lambat seminggu. Takutnya.. Doakan saya ye kawan2..semoga dipermudahkan segalanya.. Amin..

Monday, March 22, 2010

MY FAMILY is always the BEST!!

Glad to be part of Hj Esa's family. Imagine la.. saya kan tengah pregnant. Call/sms mmg tak pernah putus2 dari my sis, bro, niece semua tanye ok ke tak... ade teringin nak makan apa semua..

Last week Atam called tanye khabar and so excited nk tahu if saya dah sakit ke belum. Berbakul2 nasihat and tips sebab dia tahu pasal saya anaemia tu. She told me, dia tak sedap hati.. sebab tu called. Acik pulak texted me tanye apa barang baby tak cukup lagi.. terus la saya suruh dia beli breast milk collector. :)

Semalam I went to my twin sis's house. Dia dh kurus!!.. Workout tak hengat dgn kurangkan makan. Menjadik!! Dia masakkan saya sayur asam keladi, siakap stim, sambal udang+petai, ayam kampung goreng. Memang niat hati nk snap satu2 gambar lauk. Siap dah bawak camera. Nampak je lauk2 semua. Terus padam hasrat. :D Dok ingat nak makan je.

Bukan itu saja, my mum, my sis Ucu, niece, Ijut (with her hubby and daughter) were invited too. My mum dgn Ucu just came back from holiday at Cameron Highlands. Kemain mak. Nampak sihat and fresh.

Me pulak. Pergi kereta saya kosong. Balik penuh. Dengan sayuran dari Cameron, satu beg besar baju baby from Ijut, dgn ikan fresh dari Ata. Sempat lagi dia layan kerenah adik dia sorg nie. Sanggup ke pasar beli ikan2. Jugak tapauan lauk pauk untuk dinner.

Compared to Mr hubs family, diorg mcm buat hal sendiri. Kesian Mr hubs. Tapi takpe..dia blh share family dgn saya. I feel stronger each day knowing that I have my own family that always be with me whenever I need them. Alhamdulillah. :)

Genap 36weeks = 9 bulan!!

Hari nie genap 9 bulan!! Huhu... malam tadi macam rasa sakit2 kt pinggang. Rasa tak selesa. Dalam pukul 2 pagi camtu. Ingat kan dh feeling2 nak beranak. Sekali tertidur sampai pagi.. :D

Sekarang pun sakit jugak pinggang. Macam lenguh. Saya pulak jenis yang kalau tak sakit teruk, memang malas nk pegi klinik. Tak payah la.. Lagi pun, hari nie nk balik awal. Amik time-off. Pukul 3 dh balik. Ade check-up.

Body condition still sama. Letih mcm apa. Tatau mcm mana nk teran baby nanti. Nak teran my nature call pun seriously takde energy. My gynae advice me to ermm jolok skit bagi kluar..instead of meneran sgt.. ye la nk nk hujung2. Takut kena buasir lak katanya. Upss jangan muntah pulak..

Lunch pun malas. Dah makan wholemeal bread 2 keping dgn milo..rase full pulak.

Related Posts with Thumbnails