Friday, September 3, 2010

LCCT-Alamanda-Felda Villa [310810]

We started our Merdeka day early. Me, hubs, Faruq and Farissa went to LCCT to send my Mak's maid Ria back to Medan. Sedih. Yes, I cried when I hugged her. Coz we all are really grateful to have such a wonderful maid that really take care Mak well.

Pernah one day, I went to Mak's house kt Ukay Bistari. That time, Mak and Ria were in the bathroom. Ria tgh mandikan Mak. I watched her carefully bathed my Mak with her smiley face. Syampukan Mak, sabun all over the body and cebokkan private part Mak without the yucky feelings langsung. Then, she wiped Mak and strongly put her in the wheel chair and pushed Mak back to her room.

Not only that, she sapu baby oil all over Mak's body and also minyak angin at Mak's leg. And pakaikan diaper/baju/kain. Then lastly combed her hair. With love and sincere. Boleh nampak.

Eventho Mak slalu jugak marah2 dia, she still cool. Tak melawan. Every night,, if Mak called her to massage her legs, pun dia bangun. Dia pun bkn type yg nk kluar2 tak tentu pasal. Dat's why kitorang dah anggap dia macam family.

Sedih coz she's back for good. Ye lah dah dua tahun dia kat sini. Kalau dia nak kerja lagi, I nak je dia kerja dgn I coz dia pandai jaga baby. And tak pandai nk kluar2 menggatal. Tu yg penting.

Ria yang tgh dukung Farissa



 Dari episode air mata, we moved to Alamanda pulak. Saje jalan beramai-ramai. Alamanda was full house. Pening mata tgk orang jek.

Then petang, we met again at Felda Villa for breaking fast session. Ok gak la buffet dia coz there are a lot of choices of food and people too. Pening la ramai2.

Lepas tu balik ke rumah dan tidurrr. Penat!




Thursday, September 2, 2010

Dinner before puasa..

Tak ingat dah hari apa. But we were invited from Angah's family. Dia buat makan2 sikit. I adelah sangat malas nk masak nk bawak makanan, so singgah Big Apple to get this.

Donashi. Have u try this?


 Sedap gak Donashi coz dia tak heavy mcm sekeping donut. Tak muak la. Ade dua tiga yang dah hancur. -_- Si Faruq terpenyekkan on the way to Angah's place. Each donashi tastes different. Comel je buat macam sushi. Siap ade rupa telur ikan, raw salmon bagai.


Donashi and cupcakes

I sempat snap desserts je. Yang lenlain tak sempat. They grilled bbqs and few more food la. I can't recall. Lama betul terperuk dlm camera gambar nie.

The artistic cupcakes. Cantik sgt sampai sayang nk makan!

 

Oh the hiatus..

Sorry for the long silence. Ade je aral bila nk berblogging nie. Tak bwk camera la, bz la, macam macam hal.

Today cukup 100days Mak meninggal, and I'm still in the mourning mood. Nak2 dekat2 Raya nie. Langsugn tak rase happy. Haih.

By the way, hari nie smpai office 730 ya! Gigih. Banyak kerja plak lately nie. Before and after Raya. Lagi menambah2 kan mood malas nk beraya. Datang awal, office panas plak. The building air-cond baru nk on kot. Haih.

I tgh transfer gambar. Lepas nie sure korang muntah baca blog nie..Hehehe

Sat eh?


Friday, August 27, 2010

Kerja

Orang lain cuti (mr hubs), saya kerja. = bosan.

Dah la semalam tak bgn sahur!! And I tak minum langsung air masak. Hanya mengharapkan Captain's quencher MFM dgn Iced choc SB saje nie. Air liur pun dah takde. Oh ye tadi masa mandi saya pee pee pun dah mcm kaler iced choc -_-". Haih.

Lupakan kejap dugaan2 di atas. Mari bercerita buka apa semalam. Hehehe. I had erk. ...we had MFM for berbuka di Alamanda. Nasib mr hubs dh booking, kalau nk dtg ad-hoc jek, mmg takde meja.

And acara rutin kalau keluar, Farissa buat biznes, so kena kemaskan. Heheh.. Kali nie mr hubs yg buat coz bini dia mengada plak smlm. Hehehe..

Ini hari nk buka kt Saba Restaurant kt Cyberjaya gak. Arabian theme plak. Tatau ler mcm mana, coz Saba usually full-house.

Lagi selesa buka kt rumah, semayang then lelap. (Kalau si Farissa tak ngaruk la.) Lagi bagus kalau ade org nk suapkan makan, sambil berbaring then tido. Heaven. Hahahha..

Wednesday, August 25, 2010

Tiga bulan berlalu..

Hari nie genap tiga bulan Mak tinggalkan kami. Rindunya kat Mak. Rindu nk dgr Mak berbual, rindu nk tgk senyuman Mak, rindu nk tgk Mak tercebik2 menahan sebak. Rindu nk dgr leteran Mak. Rindu nk dgr Mak mengaji. Rindu masakan Mak. Rindu segalanya tentang Mak.

Tak dapat nk bayangan Raya nanti tanpa Mak. Mesti tak seronok. Mesti tak happy. Mesti tak bermakna lagi. Semuanya takkan sama. Dari luaran memang saya tersenyum, ketawa. Tapi tak sepenuh hati. Macam ade lubang dalam hati. Yang tak mungkin bertaut. Selepas pemergian Mak yang tersayang.

Tiada lagi Mak yang sibuk di pagi Raya. Tiada lagi sessi makan makan bersama Mak. Tiada lagi sessi percutian keluarga dengan Mak. Dan tiada lagi Ramadhan dan Aidilfitri bersama Mak.

Kadang-kadang rase dunia nie tak adil. Bergelar yatim piatu di kala usia tak jejak 30tahun pun lagi. Sedangkan orang lain masih punya mereka. Tapi mengabaikan. Tapi Tuhan kan Maha Adil. Tetap percaya dengan janji-janji Tuhan.

Ya Allah, ampunkan dosa Mak, cucurilah rahmat ke atas rohnya, hapuskan lah siksa kuburnya kerana sesungguhnya Mak org yang paling agung. Mengasihani kami dari kecil, mendidik dan mengasuh. Mengorbankan diri bertarung nyawa melahirkan anak-anaknya. Sanggup mengikat perut asalkan anak-anak berjaya dan gembira. Dengan seikhlas hati. Berkat doa mak dan abah kepada-Mu, anak-anak Mak dan Abah semuanya berjaya. Semuanya mempunyai kehidupan yang sempurna. Berkat didikan dan kasih sayang Mak dan Abah. Cucurilah rahmat ke atas roh Mak, Hjh Nah Md Yatim dan roh Abah, Hj Esa b Mohamed.

Raya terakhir bersama Mak di Ukay Bistari (20092009)


Sakit mata plak..

Kat rumah sekarang. Tak pasal2 sakit mata plak. I did feel my right eyes itching and panas. I tot bcoz of fasting. Kurang air ke apa. And I pun ade sinus, gatal2 mata nie mcm dah biasa. So I buat tatau and tidur je. Malam tadi I was so exhausted. Asyik tertidur2 kt sofa sementara nk tunggu Desperate Housewives start. Usually I jenis yg susah nk tertidur merata2 nie. Mr hubs dok kejut plak. Adoiyai.. mengganggu beta nak beradu. Rase mcm heaven betul eventho tertidur atas sofa plak tu. Tidur duduk. Buruk benor.

Bangun sahur, pun rase gak gatal2 mata. Still I ignore je. Tapi gosok2 la jugak. Bgn time siap nk gi kerja, nk berbedak, baru perasan mata dah sepet sebelah. Buruk nye rupa. Jenis takleh nk cover2 nya. So, I sent Farissa to bbsitter and went to nearby clinic. Klinik Putra Perdana. I suka pergi klinik nie coz org tak ramai and doktor dia baik. Ubat2 dia pun berkesan. I menyampah kalau doktor yang tanye, "Nak ubat batuk?" Eh, kalau org dah demam tu, bagi je la. Tanya2 pulak.

The doctor advised me to stay at home je hari nie. So, I kat rumah tgh berpeluh2 nie. Panas plak.

Btw, kalau puasa boleh letak ubat mata ke? Kalau ubat makan mmg la takleh. :P Kena la tunggu buka, baru boleh makan antibiotics dgn ubat sakit mata nie. Harap2 esok dh ok coz I byk keje kt opis tu. Heh!

Monday, August 23, 2010

Monday blues..

Today sangat tak productive. Nasib baik takde urgent matters to attend. Workload so so, but still need to finish my work earlier. Nak raya kan? Hmmm tade mood nk cuti lama, but pity mr hubs plak.

Today tatau kenapa, headache dgn sakit tengkuk, bahu sumer. Rase weekend dah cukup qada' tidur. Sangat tak selesa di office. Dengan kepala berat semacam. Biasa la Monday. Segala sakit kluar la.. :)

I went back at 445pm, dalam kepala duk serabut nk pikir nk masak apa, dgn keadaan sakit2 badan nie. Smpai kt bbsitter's house, I checked my hp. I selalu silent je phone time driving. Tgk2 ade text msg from mr hubs. "Ayang saya dh beli dua lauk, siput masak lemak dgn kari ikan." Terus ringan kepala. Heheheh..

Tinggal tambah sayur je la. I bought asparagus smlm, so masak tu je la. Fried with prawn. Sedap! Mr hubs bought few KDK fans for our new house. Sian dia. Everything is on him. Bini dia nie nama je keje..hehehhe..

Tgk I dh merepek ntah apa2. Monday blues smpai ke malam nie.

Related Posts with Thumbnails