Hari nie genap tiga bulan Mak tinggalkan kami. Rindunya kat Mak. Rindu nk dgr Mak berbual, rindu nk tgk senyuman Mak, rindu nk tgk Mak tercebik2 menahan sebak. Rindu nk dgr leteran Mak. Rindu nk dgr Mak mengaji. Rindu masakan Mak. Rindu segalanya tentang Mak.
Tak dapat nk bayangan Raya nanti tanpa Mak. Mesti tak seronok. Mesti tak happy. Mesti tak bermakna lagi. Semuanya takkan sama. Dari luaran memang saya tersenyum, ketawa. Tapi tak sepenuh hati. Macam ade lubang dalam hati. Yang tak mungkin bertaut. Selepas pemergian Mak yang tersayang.
Tiada lagi Mak yang sibuk di pagi Raya. Tiada lagi sessi makan makan bersama Mak. Tiada lagi sessi percutian keluarga dengan Mak. Dan tiada lagi Ramadhan dan Aidilfitri bersama Mak.
Kadang-kadang rase dunia nie tak adil. Bergelar yatim piatu di kala usia tak jejak 30tahun pun lagi. Sedangkan orang lain masih punya mereka. Tapi mengabaikan. Tapi Tuhan kan Maha Adil. Tetap percaya dengan janji-janji Tuhan.
Ya Allah, ampunkan dosa Mak, cucurilah rahmat ke atas rohnya, hapuskan lah siksa kuburnya kerana sesungguhnya Mak org yang paling agung. Mengasihani kami dari kecil, mendidik dan mengasuh. Mengorbankan diri bertarung nyawa melahirkan anak-anaknya. Sanggup mengikat perut asalkan anak-anak berjaya dan gembira. Dengan seikhlas hati. Berkat doa mak dan abah kepada-Mu, anak-anak Mak dan Abah semuanya berjaya. Semuanya mempunyai kehidupan yang sempurna. Berkat didikan dan kasih sayang Mak dan Abah. Cucurilah rahmat ke atas roh Mak, Hjh Nah Md Yatim dan roh Abah, Hj Esa b Mohamed.
![]() |
| Raya terakhir bersama Mak di Ukay Bistari (20092009) |








0 comments:
Post a Comment