Mak dah kembali ke rahmatullah pada 25/5/2010 lebih kurang 6am di PPUM. Thanks to all the wishes. Segala urusan pengkebumian, kenduri dan tahlil berjalan lancar.
Emosi still tak stabil. I'm still in my denial mode. Hoping that it was only in my dreams. I stumbled to see her body lying down peacefully dekat rumah dat day. Mak nampak tenang dalam tidur yang panjang. I couldn't help myself to touch her whole body slowly. Pipi, dahi, tangan dan badan mak saya jamah perlahan-lahan. Sejuk kaku. Betul ke Mak dah takde? Tertanya-tanya dalam hati ketika itu.
Semasa memandikan jenazahnya pun sama. Ku bersihkan tubuh Mak dengan penuh kasih sayang. Ku usap mukanya, ku belai rambut mak kali terakhir. Ku bersihkan sedikit darah yang mengalir dari bibirnya dengan berhati-hati. Ku bertanya pada makcik yang mengetuai upacara mandi itu. Darah itu mungkin disebabkan tiub oksigen yang dimasukkan ke dalam mulutnya. Usaha terakhir doktor untuk menyambung nyawa mak. Tetapi gagal.
Ucu cerita, mak meninggal dengan mudah. Pneumonia dia sebenarnya sudah sembuh. Tetapi dia still sesak nafas. Complication dari jantungnya yang dah lemah. Malam di akhir hayatnya, dia berselera makan. Tapi tidaklah banyak mana. Mak nampak ok Ucu cerita. Memang sudah beberapa malam dia tak lena tidur. Jam 3-4 pagi, nurse datang lap badan mak. Selepas tu mak semput balik. Sekejap saja, Mak pun hembuskan nafas yang terakhir. Ucu kata macam mak tertidur. Rupanya mak dah takde. Doktor cuba revive tetapi gagal. Berakhirlah hayat Mak. Insan yang melahirkan kami ke dunia.
Jenazah dibawa ke rumah kami di Muar. Nanti saya cerita balik ye. :(
Sunday, May 30, 2010
Mak dah takde.. :(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







4 comments:
*al-fatihah* sabar ye ros :(
Al-fatihah...takziah buat adek sekeluarga...semoga tabah hadapi dugaan ye...sabar banyak2 k...
sabar ye kak! al-fatihah
masa mak saya sakit pun tak tahan rase...ni kan pulak kakak..
semoga rohnya tenang disana:)
thanks fiza, eynda n cindir.. :(
Post a Comment